Monday, December 18, 2017

Kisah pandai bawa motor dan kereta



Assalamualaikum 
Salam sejahtera buat semua pembaca blog ni :)

Dah 6 hari sejak last post. Rasa macam lamaaaaa sangat dah tak update blog tau. Kekangan masa menjadi salah satu sebab utama blog ni bersawang untuk seketika. Insyaallah nanti nak buat 1 hari 1 entri. Aminn

Eh, aku nak cerita pasal apa harini? Pasal ringkasan kehidupan tahun 2017 ni ke? Takk...awal lagi la. Nanti akhir tahun baru kita cerita pasal tu okay? 

Harini nak cerita pasal pengalaman aku beranikan diri bawa kenderaan. Which is motor dan kereta.

AMBIL LESEN B2 DAN D

Aku ambil lesen pada tahun 2007 di Akedemi Memandu Nilai, masa ni umur aku 18, baru habis SPM tu. Ayah suruh ambil lesen motor B2 dgn D sekali jalan. Harga ambil lesen ni murah je dulu, dalam RM800 je untuk kedua-dua lesen tu. Sekarang aku taktau lah berapa, mahal berganda kot? 

titian cinta :p

Perjalanan ambil lesen bagi aku bukanlah mudah (chewahhh! ayat poyo kan ). Test JPJ lesen untuk motor aku ambil 2 kali, yang first tu gagal sebab jatuh dekat titian cinta tu. Lagipun aku tak pernah bawa motor oii. First bawa motor pun masa dekat sekolah memandu tu la. Masa belajar aku kene kuarantin dari orang2 lain. Maksudnya, ade cikgu khas yang ajar aku sorang-sorang. Cara nak start enjin, dan lain-lain. haha! Kelakar bila ingat balik.

Image result for ambil lesen kereta
Masa dulu ambil lesen pakai kereta kancil manual ni la

Kereta pulak aku ambil 2 kali, semuanya gagal yang dekat jalan raya. Tapi litar dah lulus sekali ambil je. Hehe, Yang pertama sebab salah jalan, yang kedua sebab langgar divider. Yang ketiga lulus dengan jayanya! Yeah! Tapi lesen aku tersimpan rapi dalam laci untuk tempoh yang agak lama jugak walaupun direnew setiap tahun. hehe..

kenapa?

Yang pertama, prinsip aku sebab aku taknak bawa motor atau kereta orang lain walaupun ahli keluarga sendiri, sebab aku taknak tanggung risiko kalau rosak ke apa ke kan. Nampak macam ego kan? Hmm..memang pun, masa tu ego melebihi segalanya.

Yang kedua, sebab masa tu takde keperluan lagi untuk aku bawa kenderaan sendiri, tengah belajar, dan masa kerja pun aku lebih banyak naik pengangkutan awam.

BILA KEADAAN MEMAKSA, SEMUANYA BOLEH!

Aku start bawa motor dulu di jalan raya. Waktu ni aku dalam semester kedua Degree di UiTM Shah Alam. Masa ni aku terpaksa bawa motor sebab dah duduk rumah sewa diluar kampus. Masa awalnya aku menumpang naik motor dengan seorang kawan ni, tapi bila lama-lama aku rasa aku banyak menyusahkan dia, so aku decide yang aku nak bawa motor sendiri. Mula-mula takut jugak sebab lama dah sejak ambil lesen tu, tapi dalam hati aku terdetik. 'kalau dia boleh, aku pun mesti boleh punya!' So akupun sms ibu cakap nak bawa motor dan ayah pun belikan lah aku motor atas nama aku sendiri. Motor Ex5 merah kesayanganku. So sejak dari itu aku pun merempit lah kemana-mana sahaja. Pergi kelas, pergi shopping, pergi tengok wayang, pergi praktikal sampailah masa aku kerja gomen di kl pun aku masih gunakan motor Ex5 yang banyak berjasa. 


Image result for afraid drive car cartoon

Dan kisah bawa kereta pula bila aku ditukarkan ke Putrajaya, di mana jarak rumah sewa dan tempat kerja dalam 30km. Mula-mula aku naik motor je merempit pergi kerja, tapi bila ibu dengan ayah kata risaukan keselamatan aku bila naik motor jauh-jauh, so aku pun decide belajar kereta dengan suami aku. Ambil masa dalam sebulan jugak untuk beranikan diri. Sampailah satu saat tu aku cakap dekat husband ' Isnin depan sayang akan bawa kereta pergi kerja. Inilah masanya' heheh . So dari saat tu aku slow-slow beranikan diri bawa kereta dan Alhamdulillah, sekarang dah dekat 2 tahun dah drive sendiri pergi kerja. Paling jauh aku pernah drive sendiri ialah di Melaka, sebab ada program Jabatan, Jenis aku ni pulak, aku malas dan tak suka susahkan orang untuk tumpang dan sebagainya, so aku prefer gerak sendiri je kalau tak terdesak. Ada tak yang segeng dengan aku tak?

Jadi, advise aku untuk orang yang takut bawa kenderaan sendiri, which is motor atau kereta, korang kena face it! Itu je cara dia. Selagi kita tak berani nak hadap, sampai bila-bilapun kita takkan pandai. Dulu aku pernah menangis tau sebab jelous tengok orang lain boleh bawa kereta. Lagipun sekarang ni drive tu ialah keperluan untuk seseorang lagi-lagi perempuan macam aku. Takkan nak berharap pada suami sampai bila-bila kan? Jadi bangun, dan cari keberanian tu.

So pengalam korang pulak macam mana? cerita dekat komen bawah tau!

15 comments:

  1. infor berguna untuk ai ni. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Dgree shah alam part bpe baru blh bawa motor??

    ReplyDelete
  3. Saya ada lesen moto. Tapi x konfiden nak bawa atas jalan raya sbb x cekap lagi main gear. Korg rasa... Saya patut bagi cekap tukar gear dulu ke... Atau bawa je atas jalan raya.. buat dulu fikir kemudian 😂. Knp saya tgk org lain senang gila bawa motor, saya je yg struggle? Haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tak suka kena biasakan juga. Saya start from zero. Bawa motor tanpa lesen kat bahagian perumahan. Dlm peringkat ni la tengah biasakan diri main gear 1 Dan 2. Bila dah selesa try guna gear 3. So slowly but sure confident tu dtg. Tpi lepas tu Cuba perluaskan litar anda.

      Delete
  4. Sama aq bru ekciden skali tak berani bwk moto smpi harini...padahal eksiden sendiri je...jatuh longkang...jatuh sbb terlalu byk bwk atas garisan putih tepi jln tu..aq brani kat jln kg je...tu pon kwn ngan adik bradik aq je yg tlg...tp lpas exciden tu dh xbrani nk bwk moto..umur dh 25 tahun dh...mak ayah puas nasihatkan aq branikan diri...tp xbleh...xkuat wei...aq start brani bwk moto umur 22 tahun...tu pon kena maki kena paksa bru aq bt...tp nak bwk atas jln sgt2 takut...puas org maki perli hina tp xmkn saman..aq masih ada sifat takut tu....lg satu aq tercabar jgak tgk org perempuan n budak kecik dh pandai bwk kenderaan...laju plak tu relex je bwk...tp bila dh try bwk sifat takut tu dtg balik....aq kadang2 stress doh ngan perangai aq..dulu aq ingtkan bila dh besar bleh trus bwk moto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me : usah kata motor, basikal pun bawak jalan kampung je😂. Doa²kanlah kita dipermudahkan yerk²

      Delete
  5. Cemana nk berani bawak motor weii...aq dhlah penakut..penat nk susahkan orng nk minx tolong pi mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah,yg aku first bljar naik moto dgn suami,dia ajar sekali terus dr gear 1smpai 4,mna xtkut first bljr trus smpai gear4,brek mna,klac mna semua aku xtau..laki aku suh naik moto,pulas minyak apa lggar dinding umah tp suami paksa jg bljr aritu dr gear1-4,trus stop dlm bbrapa buln jg sbb fobia,kli kdua bljr dgn suami nyaris nk lggr pokok klpa swit..trus stop bljr sbb tkut..fobia bila nk start enjin moto...

      Delete
  6. Aku bwk motor msti selalu ketepi apesl entah🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Aku bawak moto mesti ketepi lpstu terlanggar benda² yg dekt tepi tu🤣🤣

    ReplyDelete
  8. Hi , saya sudah ambil lesen lama. adakah saya harus tutup pendikit dulu, kemudian beralih gear atau lakukan pada masa yang sama? Saya tidak tahu sama ada saya buat betul atau salah ... Pls help 🙏

    ReplyDelete
  9. Hi , saya sudah ambil lesen lama. adakah saya harus tutup pendikit dulu, kemudian beralih gear atau lakukan pada masa yang sama? Saya tidak tahu sama ada saya buat betul atau salah ... Pls help 🙏

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers