Monday, August 28, 2017

REVIEW I Jeju Lotus Flower Face Mask ♥

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Siapa suka pakai Face Mask angkat tangan. yeay kita geng !

Sebenarnya aku baru start berjinak-jinak pakai face mask start dari 3 minggu yang lepas. Sebabnya dah nak start balik jaga kecantikan ( * chewah!. hahaha). Sebabnya umur pun dah nak masuk angka 30 dah 2 tahun lagi, so tak salah rasanya nak manjakan diri ni sikit-sikit. Suami pun takde cakap apa bila tau isteri dia ni sekarang dah ade hobi baru iaitu kumpul mask. hehee 

Mask yang aku pakai dua minggu lepas tak sempat nak review. Takpelah, kita start review dengan yang minggu ni punya dulu. Kalau ade masa maybe boleh buat satu entri lain nanti. Harap-harap masih rajin nak menaip (:

Jom kita mulakan review ni:

Tadaaa. ni lah dia rupa pakaging Face Mask ni. cantik kan? Warna pink putih, my always favourite!

Jeju Lotus Flower Face Mask by Guardian

Sebelum pakai tu, kita buat la research sikit. Mesti ramai yang ingat bunga Lotus ni ialah teratai, tapi dari pembacaan dan hasil yang aku dapat di internet, sebenanrnya Lotus Flower ni adalah bunga seroja dan bukan bunga teratai. Apa beza dia? Meh tengok gambar ni.

Lotus (Seroja) pic dari google
Tidak terapung di atas air.
Tumbuh dengan tangkai yang panjang menjulang ke atas permukaan air.

Water Lily (Teratai) pic dari google
Ia terapung dan mekar di atas permukaan air

Yeaaa.dah dapat satu lagi ilmu baru hari ini. Alhamdulillah. Okay, jom kita tengok pulak apa keistimewaan bunga Lotus ni untuk kecantikan :

 Melembabkan
 Anti- Oksidan
 Melambatkan penuaan wajah
Ok, kita belek belakang pakaging di pulak, ade state ingredient dan cara pemakaian.
Ni ingredient dia. eh nampak ke?
Manufactured di Hong Kong

Ni la rupa bentuk mask tu.
Sepatutnya mask ni boleh pakai paling lama 20 minit je sebab kalau pakai lebih nanti kulit kering, Tapi masa pakai Mask ni aku terlena sekejap, jadi dekat 30 minit pakai baru tersedar dan terus cabut. Tapi nasib baik kulit tak kering. yeayy! Alhamdulillah, Kesan dari pemakaian mask tu, muka aku jadi lebih lembab dan glowing glowing berseri-seri lain macam sikit..Best sangat mask ni, tak tipu tau (:

Dekat packaging dia sarankan pakai mask ni 2-3 kali seminggu, tapi bagi aku cukup lah sekali seminggu. Sebab bukan rajin sangat plus takde masa pun nak pakai. Hihihi.. 

ok, nanti ada masa aku edit balik post ni. Sehingga berjumpa lagi ^___^

No comments:

Post a Comment