Showing posts with label uitm s.alam. Show all posts
Showing posts with label uitm s.alam. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Alhamdulillah, bakal menggenggam segulung ijazah :)

February 24, 2013
Assalamualaikum
selamat pagi salam sejahtera :)

Haritu result untuk semester akhir dah keluar. Syukur alhamdulillah. Tamat degree dengan jayanya. Bersyukur sgt dengan apa yg dapat, walaupun pointer x banyak mana, tapi sekurangnya meningkat dari sem lepas. Masih kekal 3 pointer dan ke atas. Sambung master? Masih belum terlintas di fikiran lagi. Bukan sebab tak mahu belajar, tapi biar aku merasa pengalaman bekerja dulu. Biar sama sama seimbang. 

Till next entry

Saturday, January 26, 2013

Tamat zaman belajar, memori paling indah.

January 26, 2013
Assalamualaikum. 
selamat pagi.salam sejahtera.

Dua minggu lepas (17/1/2012) lepas habir paper Taxation II, insyaallah tamatlah sudah kehidupan kami  sebagai seorang pelajar degree. Alhamdulillah, sekarang semuanya bergantung pada keputusan final exam nanti. 

Perasaan aku?  xde perasaan sangat kot. biase je. Mungkin sebab kehidupan degree ni tak memberi impak yang cukup kuat sgt bagi aku. Tapi kehidupan di Shah Alam aku cipta banyak memori. memori indah cukup indah dan tersangat indah di Shah Alam ni. Shah Alam tempat aku belajar berdikari, tempat aku belajar menguruskan hati dan tempat aku belajar mengenali kawan dan lawan.


Till next entry :)


Wednesday, January 2, 2013

Confused

January 02, 2013
Assalamualaikum.
selamat petang dan salam sejahtera.

Rasa nak demam! 

Tadi baru kena hujan. Hujan lebat. Habis basah kuyup. Nasib baik beg laptop ni tebal, selamat laptop and notes and buku and barang barang lain x basah. Fuhhh.. Ni semua punca dari pakcik teksi tu la. Beliau tu taknak masuk dalam kolej. Nak marah x berani. Dah la hujan lebat. Die lelaki aku perempuan. Macam macam boleh jadi kan. Tapi alhamdulillah, selamat sampai.

Naik teksi terus pergi kolej, sebab nak ambil motor dan singgah fakulti dulu. Ada appointment dengan madam Nabilah. Ade part yg still blur lagi. Tapi madam call gtau yg die x boleh sebab nak ambil anak dia. So, madam terangkan la dalam fon tentang part tu. Last2 madam cakap, sebenarnya part ni x masuk exam esok. x payah baca !   haha (:

So, lepas sampai kolej, tunggu hujan reda sikit terus balik rumah sewa. Masa tu memang rasa pening dah. Dgn basah kuyup lagi. dengan sejuk lagi. dengan selsema lagi. sampai rumah terus pergi kedai runcit beli panadol soluble, dengan harapan selsema ni cepat hilang secepat yang boleh. 

itu tadi.. tapi sekarang... confused.

Keliru dgn hati.  Pening. makin pening lagi bila kena hujan ni. Ah sudah, hati sila kuat. Akal mohon waras. Takde ape yang akan berubah. 


Till next entry,



Monday, December 31, 2012

Cara orang tak berapa nak rajin study

December 31, 2012
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera. Selamat petang.


Harini isnin. hari terakhir untuk tahun 2012. Ada yang lebih penting dari itu. Ada 5 kertas membunuh yang bakal ditempuhi bermula 3 hari lagi. Perjuangan sudah pun bermula secara perlahan. Perlahan la sebab tak rajin sgt kan. camne cara study untuk org yg x rajin ni?

Firstly, do at least 5 past year questions. Buat mcm essay siap contoh semua tu. And don't forget to make correction on your previous tests, macam ni lagi senang nak ingat point daripada duk menghafal slide satu satu yang lecturer bagi tu, sbb most of the past year  question will cover all chapter yang kite belaja. semua related. 

Then, setiap 3 jam sekali sila tutup buku and pergi tido kejap. Kalau takut terlajak tido, rehat. jgn pandang buku dah. It's for your brain and minds and health la kan. Study dan muzik. ade orang ckp x boleh. ada cakap boleh. bagi aku, aku lagi senang study sambil dgr muzik. lagi senang fokus kot. 


And alhamdulillah, result untuk degree ni semuanya 3 pointer and above,  sbb rajin jugaklah buat past year question kan. err..ye kot. Tapi kalau aku ni rajin study mesti dapat DL every sem kot. Haha , berangan sangat ! k bye sayangs

Till next entry :)

Thursday, December 13, 2012

Final exam yang terakhir.

December 13, 2012
Assalamualaikum. 
selamat petang. salam sejahtera (: 

 Hujan lagi harini. Agak basah dan menggigil kesejukan balik dari kelas tadi. Bukan senang merempit time hujan hujan lebat ni. jalan lecak. licin. bahaya. Tapi kalau tunggu hujan berenti sampai bila kan. jadi baca doa banyak banyak dan pasrah. Semoga Allah melindungi perjalanan kita :)

Insyallah sem ni sem yang terakhir untuk aku. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan kepujian. Course yang agak mencabar tapi banyak ilmu yang aku belajar. How to manage company with good governance practice, Preparation to become a good company secretary yang akan advice board of director nanti, well.. walaupun minat aku belum sepenuhnya dalam dunia korporat, tapi kalau rezeki di situ, alhamdulillah. Kerja yang mencabar sesuai dengan imbuhan yang besar. 

Dan akhirnya jadual exam dah keluar. Bermula 3 Januari 2013 untuk first paper dan berakhir pada 16 Januari untuk paper kelima iaitu yg terakhir. Bukan senang. memang bukan senang. Tapi tak susah jugak. Tak perlu rajin, tapi perlu fokus. Baru boleh dapat gred gempak.

Eh, lupa nak share cerita pasal mock meeting minggu lepas. yg tu macam final project jugak. next entry ok?

Till next entry 



Tuesday, September 18, 2012

Practical Training

September 18, 2012
Assalamualaikum

23 Julai 2012 mencatatkan kisah baru dlm hidup ni. Mengutip pengalaman sbg sorang student praktikal. Buat kat government agency sahaja. Eh silap,local government. Nilai Municipal Council pilihan hati. 

Sebelum ni apply kat tempat lain, tapi kesulitan yang tak diundang datang menggagalkan rencana yg dirancang. Okey,apply kat NMC ni hari Rabu, hari Jumaat Mdm Zainab dah call untuk mengesahkan permohonan last minit tersebut. Effective betul NMC buat kerja. cepat dan pantas. 

Pejam celik isnin pun menjelma. Berdebar rase hati nak mendaftar. Dengan resti ibu dan ayah serta adik2 maka bertawakkal lah diri ini merempit dengan ex5 merah berbaju kurung putih bertudung pink menuju ke tempat tujuan. Lepas parking kunci motor siap semua, tak tau lagi nak mengarah ke kiri atau ke kanan, terase gelap je dunia sbb tak tau ape2. nasib baik makcik penguatkuasa ade bagi cahaya sikit. Ooo.. jadi kene jalan terus, tekan butang lif naik tingkat due, belok kiri ye makcik. thanks makcik. jasamu dikenang.

Sampai department, melangkah dengan penuh kelembutan, senyuman dilebarkan dan menyapa kakak clerk. Ok, kene tunggu kat waiting area dulu sbb supevisor tak sampai lagi. Kebetulan sofa waiting area tu berhadapan pintu, jadi secara tak rasminye jadi penyambut tetamu. Staff staff yang masuk semuanye ohsem. senyum manis dan menyapa. Rase sgt dialu-alukan.


updated..
Dan selama 5 minggu berpraktikal dekat sini, rasa best sangat. staff yg baik.. dan pengalaman yang beharga. Terima kasih (:


Saturday, June 23, 2012

Final exam :)

June 23, 2012
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni minggu study week. Semua student student UiTM sibuk menelaah nota, buat latihan sebagai persiapan terakhir manghadapi final. Tak terkecuali aku. Semester ni subject agak susah berbanding semester lepas. Tapi every sem aku rasa subjek susah susah kot =.='

Bagi semester lima ijazah sarjana muda Pentadbiran Korporat yg aku ambil ni, paper ada tujuh, tapi cuma lima paper sahaja yang ada final. Paper paper tersebut adalah Company Secretial Practice 1, International Business Environment, Social Security and Employee Benefits Administration, Company Accounting dan terakhir Taxation 1. Paper yg tiada final pula ialah Mandarin 3 dan Business and Professional Correspondence(BEL). 

So far sebenarnye, semua subjek ni sgt menarik, contohnye paper CSP, kena tau prosedur prosedur untuk tubuhkan company, lantik director dan company secretary, alter AOA,  segala form yg ada kena faham. sebenarnya sgt best. Kalau dah faham, senang je rupanya. Paper IBE pulak sgt mencabar minda ni, tapi seronok belajar apa yg selama ni aku rase tak penting pun. tapi rupanya sangat penting. Government intervention, Enron, world com company.. haishh rasa sangat sangat seronok belajar kalau kita faham dan dapat applykan. :)) SOCSO pulak agak mengelirukan, tapi mcm dua subjek di atas juga, perlu ada kefahaman yg lebih. kalau faham semua benda semua subjek jadi senang ^_^ Taxation and company accounting pulak subjek kira2, so kena hafal formula and amount of exemption la :)).

Buat semua lecturer, Miss Sarina, Miss Khamsi, Mdm Yus Anita, Miss Julizaerma, Encik Radduan, Encik Adnan, Encik Rashid, Mdm Baizura dan Laoshi, terima kasih atas tunjuk ajar yg tak ternilai ^_^






Friday, April 20, 2012

tak suka setting yg baru :(

April 20, 2012
Assalamualaikum..

Setting blogger yg baru ni cam hape je. Lembab, lambat mcm kura kura =.=' , Buat org yg malas nak update blog ni rase mcm nak tutup je blog ni terus.Hari ni ade makan2 kat SACC untuk anak2 n9 bersama MB. Apa lagi, main bagi je nama walaupun dalam ic kat tengah tengah tu nombor 10, bukannye 05. Walaupun ic selangor, tapi nogori tetap di hati yo :p

Till next entry

Wednesday, January 18, 2012

Semester 4 dan kenangan.. part 1 :))

January 18, 2012
Assalamualaikum wbt..

Semester 4 dan antara memori yang tercipta.Ada pahit ada manis.  


Sem ni duduk rumah sewa, actually dapat rayuan kolej, tapi dah janji dgn kawan nak duk luar bersama. Tapi ya Allah, mcm2 dugaan yg datang dalam rumah ni.


Banyak duet habis sbb duduk kat luar. Yg ni memang tak dinafikan. Sebab share satu rumah beli washing machine ngan peti ais ngn dapur dgn ampaian dan lain2 lagi  =.='


Awal sem pergi kelas tumpang Eja sbb die bawak motor. So, tak boleh lambat sbb kena ikut Eja punye timing.


Ayah mendengar rintihan anaknya, tak mahu susahkan org dan mengharap orang lagi. Jadi ayah belikan motor ex5 merah buat anaknya ini. Thanx ayah.. hehe ^_^

Walaupun dah ade lesen motor dan kereta sejak lepas spm, tapi jarang sgt bawak. so, bile dah dapat motor kena practise berhari2 sampai diri sendiri yakin. Terima kasih ibu dan ayah sebab memberi keyakinan 100% pada kakak, walaupun tau yg kakak ni kekok bawak motor kan. Terima kasih juga pada adik2 yg memberi sokongan moral. Tanpa kalian mesti kakak da give up. sbb diri sendiri tak pernah yakin nak bawak motor atas jalan raya yg sesak. now, dah biasa :))

Kena hempap dgn ex5 kesayangan lepas habis kelas csc. Ada seorang hero yg tolong, tapi tak ingat muka die walaupun rasenye dah lebih 4 kali ucap terima kasih. haha :p

Helmet baru yg bewarna merah hati berjaya dicuri oleh orang yg tak bertanggungjawab semasa sedang syok tgk ombak rindu dgn zira kat jusco bukit raja.


ade banyak lagi.. tapi.. to be updated.. :))

Tuesday, January 10, 2012

2 more paper to go :)

January 10, 2012
Assalamualaikum.

Lepas habis jawab 2 paper ni dah bole balik la rumah. Cuti lama boleh tido puas2 untuk sehari dua. Padahal sekarang ni pun lagi banyak tido je dari stadi. syuhada oii . bile la nak berubah ni!! okey, sekarang pun sedang berjuang khatamkan Organizational behavior (OB) yg berbaki lagi 9 chapter lagi. 9 chapter lagi ok syu! esok pagi dah exam. melampau!


.:: She still in your head, your mind, your heart. so, who am i to you ? ::.

Wednesday, November 23, 2011

Teambuilding Taman Negara Pahang :)

November 23, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Ini kisah beberapa hari yg lepas. Pada 18-20 nov, terasa rajin nak menjoinkan diri ikut kelab penyayang pi Taman Negara, program Team Building kat sane. Dalam hujan renyai2 dan angin sepoi2 bahasa, kami gigih membonceng motor menuju seroja. Kerana cuaca yg basah dan sejuk, ramai yg terlepas waktu. Masa yg ditetapkan 2.45 tapi dalam jam 3.3o baru lengkap bilangan peserta. Ubat pahit bak hempedu terpaksa ditelan sebelum perjalanan yg memakan masa 6 jam tu diteruskan. Itu ubat pencegah malaria ye kawan2 ^_^

ok, baru balik kelas csc ni sebenarnye, badan ni perlu dimanja dan dibelai. so, biar gambar yg jd penlipur lara ye :)

Tempat persinggahan yg sungguh berjasa.
 Penginapan kami dan juga lintah2 bulan yg bisu.

Tadi di luar, ini didalam. bilik ni muat untuk 5 orang.
Langsir die seram sikit. ada gambar perempuan sedang merenung tajam =.="

syue, sarah, aku, naqiyah,khairul, mdnor, pali, tiqah, fiqah, zara.
ok, Ini group Starlight. My group.

Bot ni kenderaan wajib kat sini,
pergi sarapan naik ini. pergi jalan2 pun naik ini.




to be updated...








Wednesday, October 5, 2011

dan semangat pun melayang mcm layang2~

October 05, 2011
Assalamualaikum.

Tak pandai nak bermadah pujangga. Juga tak pandai nak menyusun bahasa berbunga-bunga. Bila letih menjadi raja, perasaan menjadi hamba.Fikiran terbang bersama hati yang mati. situasi kini tak ubah seperti kaca yg rapuh. tekan sikit, pecah, terpijak. sakit!

Hanya yang faham akan faham. Dan yg tuli akan terus tuli. bukan anak patung itu. dia tak bernyawa. Dia tahan biarpun disakiti.

-syuhada-

Wednesday, September 14, 2011

semester baru di shah alam :)

September 14, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua pembaca yg budiman :)


Sekarang sy kat shah alam, sesi persekolahan yg baru pun sudah bermula mingu ni. Tapi mcm malas je nak p klas awal2 minggu. students tak ramai, lecture tak datang, touch n go makin kurang nilainye, lagipun bazir air ne basuh baju untuk klas seminggu.. Alasan alasan alasan!!  ^_^

Semester ni sy duk rumah sewa, kat pusat komersial. Duduk dengan eja,dijah,kak naz n yun. So far dorang ok. sekarang rumah y kosong ni dah pun ade peti sejuk, mesin basuh, dapur dan sebagainye. dah fully furnish dah :). Sebab owner hanya sediakan meja makan, kusyen, kabinet dapur, kerusi,katil,tilam n cadar je.. heee.. best betul owner rumah nie. sewa murah, tambah lagi perabot. Yg untungnye kitorang lerr  ^_^

Bawah rumah ni kedai mamak, open 24 jam, bilik saya pulak bilik master, kat tepi tingkap depan, so malam2 nak tido wajib letak earfon kat telinga n pasang lagu kuat sikit. Malam tadi memang terkejut, sebab tengah2 tido, orang kat kedai mamak bawah ni jerit2 'golll!!'. Hahaha.sakit jantung aku. 



Sunday, September 4, 2011

Rayuan kolej berjaya, tapi dilema pulak!

September 04, 2011
Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua pembaca yg budiman ^_^

Berbalik pada tajuk entri di atas. yes, sy dalam dilema. Tadi duk sajelah nak bukak website uitm kan. tgk status rayuan kolej. takde la terfikir uitm nak update status tu, sbb selalu p tgk2 die tulis sedang diproses jek. tapi bile tengok tadi..jeng jeng jeng!!


Dengan berjayanya rayuan kolej nie, maka bermula lah dilema diri ini. mahu duduk luar atau duduk di kolej? Arghhh!! buntu buntu. dah la duet deposit umah sewa dah bayar. isk3.. Bayar deposit ni sebab orang2 cakap sgt susah nak dapat rayuan kolej. so, bajet2 x dapat lah kan, sbb bukan lah rajin sgt p aktiviti2 kolej. Erm..xpe2 ade masa lagi untuk berfikir..


Thursday, August 4, 2011

rindu semester baru ^_^

August 04, 2011
Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua :)

Apa khabar semuanya hari ini? hari ni hari keempat kita sebagai umat islam berpuasa kan kan :). Mungkin ade yg sibuk membuat persiapan berbuka sekarang nie. Bagus2. memasak lebih baik dari membeli.lebih jimat, lebih sihat,lebih puas hati! Sekarang di nilai cuaca mendung, guruh kedengaran tapi takde pulak hujan yg turun. ^_^

Lambat lagi rasenye nak masuk semester baru. Dengar cerita mereka mereka tu cakap kuliah start 12 september. Okey, kena duk rumah sewa plak la kan. Rumah sewa tu pun belum tengok lagi. Tah macam mane rupe dan keadaan rumah tu pun tak tau la kan. Duduk satu rumah 7 orang dengan sewa RM700 sebulan. ok lah kan? Yelah, nak duduk kolej dah x dapat dah. Nak kate tak aktif rasenye kebanyakan aktiviti kolej sy join. ape lagi la yg tak cukup eh.bias? haha. entahlah. xde rezeki mungkin. terima je lah. ^_^

Hari ni entri pendek. maaf. rasa tak berapa sihat. Lain kali sy cerita panjang2 lagi okey? selamat berpuasa semua ^_^


Tuesday, April 26, 2011

Peperiksaan akhir

April 26, 2011
Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada semua.


Di kala ini,saat ini semua student uitm mcm sy sibuk mengulangkaji pelajaran. Final exam.  Sume org takut bile dgr perkataan ni. Risau, gelisah, sanggup tak tido malam, sanggup tak turun beli makanan, Nescaffe dan roti jadi peneman setia dikala lapar, gosok baju kurung 3-4 pasang seminggu awal sebab takut nanti kacau mase untuk study. potostat nota2 kawan2..haha.. agaknye same tak situasi kita masa final exam? Ni pun sebab baru pas makan nasi, mate da ngtuk. So update la blog jap. ^_^

Kita kena berusaha selagi ada masa. Manusia boleh berubah dalam satu saat. Markah pun boleh berubah kalau kita rajin study. 1 markah boleh membezakan gred kita, Menentukan sehebat mana pencapaian kita. Tentu kecewa kan kalau kita dapat CGPA 3.49 padahal lagi 0.01 pointer saje lagi kita boleh dapat dekan? Time tu menyesal  keluar air mata darah pun tak berguna. Jadi, sila berusaha selagi ada masa. Peringatan untuk diri sendiri dan anda :)

 pic from google

 Ini final exam di dunia, kita jangan pula lupa yg kita masih ada satu lagi final exam. Final exam yang semua orang akan hadapi. Tak kira lah orang tu penah masuk u, tak penah sekolah sekalipun, pasti akan hadapi final exam nie. jadi jom kita sama2 berusaha untuk mendapat markah yg cemerlang dalam final exam yg ini. Berusaha selagi ada masa. Berubah selagi ada peluang.  Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan mereka yg mengubahnya sendiri. Allahualam.

p/s : Jom sambung study!! 


Friday, February 25, 2011

kisah mamai mamai

February 25, 2011
Assalamualaikum..

Selamat sejahtera kepada para pembaca.

Sebenarnye baru balik dari kelas prof Baharuddin td. Kelas Quality management. tak penat. Tak letih macam selalu. Sebab kelas ni tak tensen, tak serabut lagi lagi prof pun seorg yg memahami para pelajarnye :) 

Sebenrnye nk cerita pasal adegan mlm tadi. Dalam pukul 2 pagi cmtu lah, Eja ke Piya tah yg kejut sy dr tido.tak ingat lah..mamai2 lagi time tuh. Dia Suruh keluar bilik sbb loceng bunyi panjang tak berhenti henti. Firedrill ke? ntah la. Yg sengal lah kan, boleh plak dgn selambanye sy ckp " takmo lah.nk tido" haha. Mybe dorg ade kejut sy lg, tapi sy tido mati. tgk..bila mamai macam macam boleh jadi kan? Memanglah ni kalau terbakar betul2 mau hangus sy dlm bilik. Pentingkan tidur dari keselamatan sendiri.haishh.. tapi kate dorng sbnrnye tak jadi ape2 pun. Takde pon firedrill practise. kesilapan teknikal semata mata.. ^_^



p/s: sori entri pendek ^_^

Wednesday, February 23, 2011

Tak sampai hati,tapi...

February 23, 2011

Assalamualaikum.
Salam sejahtera

Lama sungguh tak menaip dlm blog nie.dah usang.dah berhabuk.Org pon xmo singgah lagi.. :'(

Actually la kan, hari ni sepatutnye takde lah kelas. tapi ade kelas ganti pulak. Sy paling tak suke lecturer yg suke cancel kelas dan ganti kelas2 time2 mcm nie. Org nk rehat pun tak bole. Dah la jumaat ni pon ade kelas ganti..isk..Memang lah lecturer berkuasa, tapi kami sebagai pelajar pun ade hak juge..sabo jelahh.

*****
Semalam duty lagi kat lab.Sangat lah ramai org.siap ade waiting list lagi yg nk guna komputer. So,terpaksalah menghalau pengguna2 yg lain yg dah guna lebih dari satu jam. Tak sampai hati sebenarnye sy nk menghalau dorg..bukan menghalau lahh..tapi mempersilakan dorg spy menninggalkan komputer untuk org len nk gune. hehe.betul ke ayat ni? Kesian kat mereka sbb yg betul2 lama duk kat depan komputer ni semuanye tgh betul2 buat assignment. And yg waiting list tu semuanya semata2 nk bukak facebook aje..

*****
Baru balik rumah haritu. Rase rindu nk balik rumah lagi. Rumet2 sy skrg tgh tido. takmo kejut dorg bangun sbb kelas kul 2.30 t..Biarlah dorg rest sbb mlm td dorg tido lmbt.okeh,dah tak tau nk mengarut pe lg, k bye.jumpe lg :)


p/s: mood: mamai2 lagi da nk update blog :)

Saturday, February 12, 2011

kelopak mata berkilo-kilo!

February 12, 2011
Salam hye.
Salam sejahtera kepada sesiapa yg sudi bace this entry la.

Entry kali ni ditulis dalam keadaan yg sgt mengantuk. Sy tak tau kenapa sgt la berat kelopak mata ni. Kalau timbang mau berkilo2 ni. Mybe sebbab semalam sy tido lepas subuh kot. Pastu pas zohor p teman wani shoping jap. Sy pandang je la die shoping itu ini, sy xde duet, mane bole pegang2, nanti rosak,tokey suh ganti t naye je..huhu.

After this nk p cuci muka n start wat esemen!! esemen melambak2 mcm pasir di tepian pantai..huu.. :(. Sy sebenarnye bukan lah seorang yg rajin membuat esemen awal2 nie. Tapi dah kena physco dgn sang rumet dalam bilik nie. Nasib kau lah syuhada, dapat sebilik dgn orang yg rajin..Adoi.. siyes, dorg memang menakutkan sy. Sy takut tgk dorang selalu every time bukak buku n study. isk3. mase bile dorg nye pleasure tyme tah.. Nak tnye segan lak..huhu.. 

Okeh, sy dah lupe nk taip ape lg kat sini. Mata saya perlu tindakan segera. Kalau tidak x siap esemen2 sy ni. k, jumpe lg, bye2!!

p/s: thanx for reading ^_^



Post Pilihan

randomposts

Followers