Monday, January 23, 2012

Sekali lagi kau lukakan aku.

January 23, 2012
Assalamualaikum.


Dulu kau cakap, kita bersama harungi segalanya.Bila kau ada dia, kau lupa semuanya. Kau lupa aku, kau lupa kata-kata kau dulu. Kau hancurkan lagi hati ini. Aku selalu mengalah. Aku selalu menangkan kau walaupun kau yg salah. Aku tahu aku silap di situ. Terlalu banyak kesempatan yg kau ambil atas kelemahan aku. 


Wednesday, January 18, 2012

Semester 4 dan kenangan.. part 1 :))

January 18, 2012
Assalamualaikum wbt..

Semester 4 dan antara memori yang tercipta.Ada pahit ada manis.  


Sem ni duduk rumah sewa, actually dapat rayuan kolej, tapi dah janji dgn kawan nak duk luar bersama. Tapi ya Allah, mcm2 dugaan yg datang dalam rumah ni.


Banyak duet habis sbb duduk kat luar. Yg ni memang tak dinafikan. Sebab share satu rumah beli washing machine ngan peti ais ngn dapur dgn ampaian dan lain2 lagi  =.='


Awal sem pergi kelas tumpang Eja sbb die bawak motor. So, tak boleh lambat sbb kena ikut Eja punye timing.


Ayah mendengar rintihan anaknya, tak mahu susahkan org dan mengharap orang lagi. Jadi ayah belikan motor ex5 merah buat anaknya ini. Thanx ayah.. hehe ^_^

Walaupun dah ade lesen motor dan kereta sejak lepas spm, tapi jarang sgt bawak. so, bile dah dapat motor kena practise berhari2 sampai diri sendiri yakin. Terima kasih ibu dan ayah sebab memberi keyakinan 100% pada kakak, walaupun tau yg kakak ni kekok bawak motor kan. Terima kasih juga pada adik2 yg memberi sokongan moral. Tanpa kalian mesti kakak da give up. sbb diri sendiri tak pernah yakin nak bawak motor atas jalan raya yg sesak. now, dah biasa :))

Kena hempap dgn ex5 kesayangan lepas habis kelas csc. Ada seorang hero yg tolong, tapi tak ingat muka die walaupun rasenye dah lebih 4 kali ucap terima kasih. haha :p

Helmet baru yg bewarna merah hati berjaya dicuri oleh orang yg tak bertanggungjawab semasa sedang syok tgk ombak rindu dgn zira kat jusco bukit raja.


ade banyak lagi.. tapi.. to be updated.. :))


Post Pilihan

randomposts

Followers