Monday, February 5, 2018

Review Movie #2 : Maze Runner : The Death Cure

February 05, 2018
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera buat semua pembaca :)



Minggu lepas aku dan suami berkesempatan untuk tengok wayang. Kali ni kami pilih untuk tengok Maze Runner : The Death Cure . The Death Cure adalah movie yang terakhir untuk trilogi Maze Runner ni. Kalau korang masih ingat, ada 2  sekuel sebelum movie yang ni iaitu The Maze Runner (2014) dan Maze Runner: The Scorch Trials (2015).

Okay, sebelum aku review tentang sekuel yang ketiga dan terakhir ni, jom kita imbas balik (chewahh!) sedikit sinopsis berkaitan 2 sekuel sebelum ni.

The Maze Runner (2014)

Pada sekuel pertama ni mengisahkan sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam Maze, diketua oleh Alby. Alby ni merupakan orang pertama yang dihantar kedalam Maze. Setiap bulan akan ada bekalan yang dihantar oleh pencipta maze ni, iaitu orang baru dan juga bekalan makanan dan peralatan untk survive dalam Maze tu. 

Thomas pulak watak utama dalam cerita ni, yang merupakan orang kedua terakhir yang dihantar ke dalam Maze. Remaja-remaja yang dihantar ke dalam Maze ni memang tak akan ingat apa-apa pun kecuali nama mereka sendiri. Setiap hari mereka berusaha mencari jalan keluar dari Maze ni, tapi bukan mudah, sebab Maze ni hanya akan terbuka waktu pagi dan akan tutup dengan automatik menjelang senja. 

Dalam maze ni pulak ade raksasa yang dorang gelarkan sebagai griever. Sape2 yang kena sengat dengan raksaksa ni akan jadi zombi dan sebelum tu ingatan dorang akan dikembalikan. Cuma runner ataupun orang yang pantas berlari akan ditugaskan untuk masuk dalam Maze ni untuk cari jalan keluar. Runner diketuai oleh Minho. Watak utama lain dalam cerita ialah Chuck, Newth dan Teresa. 

Dipendekkan cerita, Alby mati sebab kena sengat, Chuck mati sebab kena bunuh dengan Gally. Gally mati sebab kena bunuh oleh Newth, sebab masa ni Gally dah kena sengat. Thomas dan Teresa pulak sebenarnya ialah pekerja kepada WICKED, iaitu organisasi yang cipta Maze ni.WICKED ni pulak sebenarnya tengah cari penawar untuk penyakit virus zombi yang menyerang dunia pada masa tu, sebab tu dorang kumpulkan kanak-kanak yang dorang rasa imun dan agihkan dorang kepada beberapa maze untuk cari yang paling imun untuk hasilkan penawar tu.

Last sekali dorang dapat lepaskan diri daripada maze ni dan diselamatkan oleh sekumpulan orang bersenjata yang sebenarnya adalah orang-orang WICKED ni jugak. berpura-pura kononnya menyelamatkan tapi semuanya memang dah diplan pun. Mereka dibawa ke satu tempat yang kononnya selamat.. dan cerita pun bersambung.... jeng jeng jeng.



Maze Runner: The Scorch Trials (2015)

Untuk yang sekuel kedua ni pulak, akhirnya Thomas and the geng dapat tahu yang WICKED ni sebenarnya berniat jahat, so mereka pun larikan diri bersama untuk jumpa 'The Right Arm'. The Right Arm ni sebenarnya hero yang menyelamatkan ramai kanak-kanak daripada tawanan WICKED. 

Masa dalam proses mencari 'The Right Arm' ni dorang dikejar zombie-zombie tu dan akhrnya bekerjasama dengan Bertha dan orang tua tu, tak ingat lah sape nama dia. ahaha! Bertha di digigit oleh Zombie, tapi ade sorang doctor dekat markas The Right Arm tu gunakan darah Thomas sebagai ubat untuk melambatkan proses pertukaran Zombie tu pada Bertha. Anggaran dorang paling lama Bertha akan bertahan pun cuma selama beberapa bulan. 

Oh ya, Bertha dirawat sebab Thomas sebenarnya merupakan informer untuk 'The Right Arm. sebenarnya masa kerja dengan WICKED, Thomas memang tak setuju dan memang berniat nak selamatkan kawan-kawan dia sebab tu dia minta untuk dimasukkan dalam Maze. Kalau bukan sebab Thomas, kemungkinan Bertha dah dibunuh pun.

Tapi last sekali, Teresa berpaling tadah dan bocorkan rahsia kat mana markas 'The Right Arm' ni dekat WICKED . WICKED pun datang lah serang tempat tu dan bunuh ramai orang yang tak berdosa. Semua ni sebab  Teresa! geram pulak aku. haha! Sebab bagi Teresa, tak salah korbankan beberapa orang untuk selamatkan berjuta orang yang lain dengan formula antivirus tu. Akhirnya beberapa tawanan dibawa pulang ke markas WICKED termasuklah si Minho.. so bersambung lah cerita ni..



Maze Runner : The Death Cure (2018)

Lama kot nak tunggu sekuel last Maze runner ni! huhu..Sekuel kali ni, si Thomas nak selamatkan Minho, tapi agak leceh sebab pertahanan di WICKED terlalu ketat. So akhirnya dorang bekerjasama dengan Gally ( hidup rupanya Gally ni lagi, sebab diselamatkan oleh seseorang masa tu) untuk culik Teresa. Dorang culik Teresa ni sebab nak suruh Teresa buang tag WICKED yang ada kat belakang leher dorang, dan juga dorang berpura-pura menyamar jadi pengawal dan escort Teresa untuk tunjukkan jalan kat mana Minho berada.

Semasa diculik, Teresa pelik sebab Bertha masih bertahan dan tak jadi Zombi lagi. so dia senyap-senyap curi cebisan kain Thomas yang berdarah tu untuk dikaji dalam makmal. Dan hasil ujian makmal tu, Teresa dapat tahu yang sebenarnya darah Thomas lah yang paling imun sekali,yang dapat bunuh sel-sel virus zombie tu. So Teresa pujuk Thomas untuk bkerjasama semula dengan WICKED.

Tapi semuanya dah terlambat sebab masa ni bff  si Thomas iaitu Newth dah mati sebab dah kena virus tu... dan apakah kesudahannya?...  pergila tengok sendiri kat pawagam! ni dah banyak kot aku cerita kat korang. haha. 

Memang best cerita ni, sangat rugi kalau tak tengok. aku bagi 4 dari 5 bintang! 4 bintang tu sebab Newth mati la.. huhu.. sedih!

So, pada korang yang belum tengok lagi, boleh lah pergi tengok cepat okay! 


Monday, January 29, 2018

Demam teruk!

January 29, 2018


Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca (:

Sebenarnya aku ni jarang sangat nak demam, tapi minggu lepas, aku dan suami sama-sama demam teruk. Asalnya suami yang demam dulu, sakit-sakit badan dan demam panas. agak teruk jugak sampai tak boleh buat kerja apa pun. Dekat tempat kerja pun dia sampai tak larat nak buat kerja. So esoknya bila husband cuti, memang fully rest je lah kat rumah. 

Aku pulak start demam esoknya. kebetulan lah pulak pagii tu ade UKJK PTD dekat INFRA, pagi tulah start selsema dan demam panas. Lagi-lagi buat aktiviti tu dalam dewan beraicond yang sejuk gila, memang badan tak berapa nak in dengan ujian-ujian haritu. Tapi alhamdulillah, aku try jugak buat sehabis baik. Alang-alang dah datang tu, buat jelah sampai boleh kan?

Image result for demam


Demam aku ni pulak macam-macam tau. Mula-mula selsema,lepastu demam panas yang sampai tahap sakit kepala tu. Sakit kepala bukan sakit kepala biasa tapi sampai rasa nak marah je orang kat opis yang bising-bising tu. Eh aku ni dah tau demam pun nak dtg opis jugak kan. last2 melepek je kat workdesk sampai waktu balik. Esoknya ambil EL sebab memang dah tak larat sangat. Lepas 2 hari demam panas dan sakit kepala beransur pulih, tapiiiiii tiba-tiba gusi pulak membengkak dengan jayanya dan sakit sangat, nak makan pun susah rasanya. huhu..

Mula-mula aku ingat kot-kot dah ada isi ke ni. Sebab kot-kot la laki bini demam ni penanda pregnant ke ape kan... Tapi rupanya tak. AF muncul dengan jayanya lepas je elok demam panas tu. belum rezeki kami lagi untuk bulan pertama Januari ni.Tapi memang dasyat la demam kali ni, memang kalau boleh dah taknak dah hadap demam macam ni..Semoga selepas ni kesihatan kami suami isteri di dalam keadaan yang baik sentiasa. Aminn..

..dan aku doakan juga semoga pembaca semua diberi kesihatan yang sejahtera selalu. InsyaAllah..

Post Pilihan

randomposts

Followers