Sunday, February 24, 2013

Alhamdulillah, bakal menggenggam segulung ijazah :)

February 24, 2013
Assalamualaikum
selamat pagi salam sejahtera :)

Haritu result untuk semester akhir dah keluar. Syukur alhamdulillah. Tamat degree dengan jayanya. Bersyukur sgt dengan apa yg dapat, walaupun pointer x banyak mana, tapi sekurangnya meningkat dari sem lepas. Masih kekal 3 pointer dan ke atas. Sambung master? Masih belum terlintas di fikiran lagi. Bukan sebab tak mahu belajar, tapi biar aku merasa pengalaman bekerja dulu. Biar sama sama seimbang. 

Till next entry

Monday, January 28, 2013

Ramlee Awang Murshid-Aku bercerita (:

January 28, 2013
Assalamualaikum..

Ramlee Awang Murshid. Aku salah sorang peminat tegar karya beliau.

Pertama kali teruja baca novel Ramlee Awang Murshid ni masa aku form 5, Masa tu terbeli buku trilogi novel bagaikan puteri yang pertama. Isi kandungan sangat menarik. Lain dari yang lain. Bahasa indah tapi penuh simbolik. bestnye bestnye. Sampai adik dan abang2 aku pun terpengaruh jugak. kadang kadang diorang yang beli buku-buku tu. Boleh kate aku ade semua koleksi RAM ni. tapi ade yang pinjam tak pulang pulang. sedih betul la dengan orang-orang yang macam ni. 



Ni novel terbaru RAM. Tak baca lagi buku ni. Baru beli semalam dekat Jusco masa keluar dgn ila n Rahman. tengok cover pun dah macam tertarik kan nak tau isi kandungan die. 

Berbalik pada perjumpaan bertiga seronok gts, sebab dah hampir setahun tak jumpa rahman sejak kerja part time dulu. Ila hari hari pun jumpa. Terima kasih sebab belanja kami pizza petang tu  (:

Till next entry :)


Post Pilihan

randomposts

Followers