Tahu tak sebenarnya aku dah 4 bulan MC, sebab patah kaki sampai kena operate dan masukkan implant.Sakit tau masa kena tu, lagi sakit masa baru lepas operate, sampai menangis-nangis tak tahan minta ubat tahan sakit. 4 hari 3 malam juga berumah di hospital Putrajaya.
Sekejap je rasa dah 4 bulan. cepat betul masa berlalu. Minggu depan dah kena masuk kerja. Syukur alhamdulillah sebab kaki pun dah boleh jalan walaupun ada tempang-tempang sikit. lama-lama nanti okey lah ni, kena banyak fisio dekat rumah.
Erm.. masuk office nanti risau banyak benda aku lupa. Entah2 password pc pun lupa jugak. hihi
Aku tak tahu lah kenapa malam ni rasa rindu dengan arwah nenek dan atuk, terutamanya arwah nenek sebelah ibu.. Dulu aku selalu mimpikan arwah, sejak 2 tahun lepas dah tak pernah mimpi lagi. Aku pun tak tahu kenapa. rindunya rasa,,
Rindu betul kenangan masa dulu-dulu.. di rumah papan tu, pelukan nenek masih terasa. Saeorang nenek yang sangat sayangkan cucu dia. Masih terpahat di ingatan suasana luar dan dalam rumah tu, Bau rumah tu, semuanya masih segar dalam ingata, walaupun sekarang rumah tu dah tiada, dah dirobohkan dan diganti dengan rumah batu. Tapi sayangnya.. gambar rumah lama tu dah tiada..
Teringat sambal nenek, air milo yang nenek buat, tak dapat dah rasa tu di mana-mana tempat dalam dunia ni. Setiap kali aku teringat kan, setiap tu juga menangis, menangis tersedu sedu keseorangan, Tak pernah cerita pun dengan siapa-siapa perasaan tu. Rindu yang tiada ubatnya..
Ya Allah rindunya,,, semoga nenek dan atuk tenang di sana..
Hai semua, sekarang ni actually aku tengah bertugas sebagai urus setia dalam bengkel yang Jabatan buat. Lama juga la kena berkampung di Ipoh ni, dalam 4 Hari 3 malam. Harini ialah hari kedua bengkel. So far so good, cuma tak sempat lagi jalan-jalan dekat area Ipoh ni sebab kekangan kerja dan jadual yang agak padat.
Aku tak sabar nak balik rumah sebenarnya tau. Macam dah lama tak dapat proper rest. Maksudnya just duduk rumah, makan dan tidur sahaja. hahahaha!
Lately ni banyak kerja office yang masih tertunda. Semoga aku dapat siapkan semuanya dengan sempurna dan baik-baik sahaja, InsyaAllah. Amin..