Sunday, September 30, 2012

Tuhan jagakan dia..

Tuhan jagakan dia..
berikan dia yg hampir sempurna..
kuatkan hatinya mencari bahagia..

Tuesday, September 18, 2012

Practical Training

Assalamualaikum

23 Julai 2012 mencatatkan kisah baru dlm hidup ni. Mengutip pengalaman sbg sorang student praktikal. Buat kat government agency sahaja. Eh silap,local government. Nilai Municipal Council pilihan hati. 

Sebelum ni apply kat tempat lain, tapi kesulitan yang tak diundang datang menggagalkan rencana yg dirancang. Okey,apply kat NMC ni hari Rabu, hari Jumaat Mdm Zainab dah call untuk mengesahkan permohonan last minit tersebut. Effective betul NMC buat kerja. cepat dan pantas. 

Pejam celik isnin pun menjelma. Berdebar rase hati nak mendaftar. Dengan resti ibu dan ayah serta adik2 maka bertawakkal lah diri ini merempit dengan ex5 merah berbaju kurung putih bertudung pink menuju ke tempat tujuan. Lepas parking kunci motor siap semua, tak tau lagi nak mengarah ke kiri atau ke kanan, terase gelap je dunia sbb tak tau ape2. nasib baik makcik penguatkuasa ade bagi cahaya sikit. Ooo.. jadi kene jalan terus, tekan butang lif naik tingkat due, belok kiri ye makcik. thanks makcik. jasamu dikenang.

Sampai department, melangkah dengan penuh kelembutan, senyuman dilebarkan dan menyapa kakak clerk. Ok, kene tunggu kat waiting area dulu sbb supevisor tak sampai lagi. Kebetulan sofa waiting area tu berhadapan pintu, jadi secara tak rasminye jadi penyambut tetamu. Staff staff yang masuk semuanye ohsem. senyum manis dan menyapa. Rase sgt dialu-alukan.


updated..
Dan selama 5 minggu berpraktikal dekat sini, rasa best sangat. staff yg baik.. dan pengalaman yang beharga. Terima kasih (:


Thursday, September 13, 2012

Berkawan

Assalamualaikum wbt

Berkawan dah lama, kalau tak kemana sia-sia. Itu kata seorang sahabat. Mungkin sedang patah hati, mungkin juga telah dilukai. sape la yg tahu isi hati kan?

Ada dua insan. satu lelaki satu perempuan. Berkawan cukup lama. bukan setahun, bukan 2 tahun, bukan juga 3 tahun. lebih dari itu. Ada pengalaman yg dikutip, ada perasaan yang dikongsi, ada nasihat yang berguna, juga ade kenangan yang yang berbeza indahnya. Namun bila berkawan tanpa ikatan, selalu saja emosi goyah. Selalu saje kecewa yg bertandang. ini lumrah. 

Cemburu bersebab sering dilabel tak bertempat. atas sebab yg sama dan serupa. Mana bisa satu hati mampu layan dua hati yang lain. tapi dia mampu.dan itu biasa. memang biasa. Kalau dah tersangat biasa, pasti berubah jadi luar biasa. Mental dan fizikal sedia sudah untuk pergi dan tak berpaling lagi. Jadi sila jaga hati sendiri.

Ubat hati bukan pada manusia, minta dgn yg Esa. 






Thursday, September 6, 2012

Senarai Syarikat yg menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalamualaikum


Jeng jeng jeng..yea. sangat tak sabar nak pegang kad ni. Sangat bermanfaat bagi student student yang tak mampu sgt macam aku. Terasa beban sedikit ringan. Jom tgk syarikat mane yg terima kad diskaun ni. Bagi yg dah dapat tu sila berbelanja dgn cermat ya. Bagi yg tempoh pengajian tinggal 1 semester je mcm aku ni. ape lagi. Kita serbuuu!!! haha. k bye






Wednesday, September 5, 2012

Monday, September 3, 2012

Dad :)

Assalamualaikum.



Dear dad,

I may love a lot of man in the future, someday I'll get married to someone out there. But in the end let me remind you that, no matter what happen, you'll always be the best guy for me. I love you 'till forever ends :)

Lots of love,
Me

NOTE:  Credit to HERE