Tuesday, February 17, 2015

Cerita Cinta H&S

Assalamualaikum..
Salam sejahtera Selamat petang.

Dah tiga minggu jadi isteri orang...

Perasaan? meh nak cerita..

Alhamdulillah.. Jodoh ni Allah yang tentukan.. Dia anugerah terindah dalam hidup aku. Bahagia sangat tak terkata.. Orang  yang tak pernah aku sangka and tak pernah terfikir pun sebenarnya akan jadi yang halal buat aku. Aturan Allah tu indah kan?

Cinta sebelum nikah?
Entahlah. Kita tak pernah declare bercinta pun kan, awak? *blushing*..

1 Mei 2014
Tarikh di mana aku mengenali insan yg bernama Muhammad Nurhadi ni. 
Jasa seorang kawan. Cik Solehah yang bertanggungjawb atas semua kejadian ni. haha.  Almaklumlah masa tu single and baru sembuh dari patah hati la kononnye.. sesaje mesej Cik Solehah minta carikan bakal suami. Niat masa tu hundred percent nak bergurau sebenarnya.. Tapi dah tertulis kan, dengan cara ni lah sebenarnya aku dipertemukan dengan si dia.. ^^  **blushing lagi.. **

16 Ogos 2014
Majlis merisik dan bertunang.
Bila dah mula berkawan.. Masing masing mungkin dah serik untuk bercinta. No propose at all.. Perkara ni pun jadi secara mengejut.. Means, we not plan pun like nak bertunang seawal ni... Plan for bertunang tu start bila kami berbual tentang pertunangan..perkahwinan orang lain mungkin.. but then tiba2 masuk cerita pasal 'Kita' .. and mungkin masa tu masing masing dah ade perasaan sesama sendiri kan..tapi sorok and ego taknak gtau.. so plan bertunang just follow the flow... susahnye lahai nak explain.. tapi hati masa tu memang dah berbunga bunga. Alhamdulillah kedua family pun dah setuju..

But before that sebenarnya ade satu perkara nak share.. mungkin berkat doa ayah dan ibu..
Sebenarnya tahun lepas memang dah plan nak buat kenduri kesyukuran dan cukur jambul Afifah Hanani, anak buah aku dan merangkap cucu kedua ibu dan ayah. Masa tu aku memang single availble lagi..Ayah ade cakap dekat ibu something.. cmni la lebih kurang 

Ayah  : "kalau masa kenduri cukur jambul Afifah Hanani nanti, kakak bertunang pun elok kan.. " 
Ibu     :  "Ish awak ni.Kakak  tu boyfriend pun takde nak tunang dengan sape pulak"
Ayah  :  " Mane lah tau..."

dan..tadaaa Alhamdulillah, doa ayah and ibu dimakbulkan, Majlis pertunangan dibuat sekali dengan majlis cukur jambul.. ^^

24 Januari 2015
9.35pm...sah menjadi isteri..

Semuanya macam mimpi kan awk..
3 bulan berkawan
5 bulan bertunang
3 weeks until jannah together. Insha Allah .


Doakan aku menjadi isteri yang solehah..
Doakan rumahtangga kami diberkati Allah..

till next entry..



Monday, February 9, 2015

I'm Married !

Alhamdulillah..
Jam 9.33 PM 24 Januari 2015

Dengan dua kali lafaz..
sah menjadi seorang isteri

Syukur ya Allah..