Saturday, August 17, 2013

August

Assalamualaikum.

Lama dah tak menaip.Sumpah  rindu nak belek blog sendiri! Harini sabtu, raya ke10 dah kita. Rasanya baru aku dapat berehat dengan aman damai dekat rumah memandangkan esok lusa pun cuti jugak. Perubahan jadual kerja yang tak menentu selalu buat aku rasa tak sedap badan dan mcm nak demam je selalu. Tapi ni lumrah. Baru nak mulakan hidup dan pgg duit sendiri. Kenalah sabar dan teruskan perjalanan.

Kerjaya. Aku rasa aku suka kerja aku sekarang.buat aku jatuh hati. Hari hari tak terlepas kena maki hamun dari customer yang tak sabar dan tak faham. tapi tu la cabarannye. Kalau tak tahan kena maki janganla berangan nak apply kan. Tapi bukan semua customer mcm tu. Lebih ramai lagi customer yang berbudi bahasa dan beradab serta menghormati orang lain. Bila handle customer mcm ni, rasa seronok dan dihargai. Boleh hilang segala lenguh letih dan stress dalam kepala. Yang paling best, balik kerja tak payah fikir apa nak buat untuk esok. 


till next entry