Sunday, March 16, 2014

Congrats on your wedding (:

Assalamualaikum..
Salam sejahtera :)


Tahniah buat pasangan Wani dan Faliq! 

Thanx Kak Wani wasap pic ni kat syu (: 


Kenal Kak Wani masa mula mula masuk kerja kat company ni, dari bulan 6 2013. Satu group masa training and selalu share rahsia suka duka bersama. She is one of the person yang kau boleh percaya and  boleh pinjam bahu  luah segala ape yg terbuku. Yes kenal mmng tak lama, tapi kalau kau fikir masa dan waktu yang lama tu perlu untuk kenal hati budi and konon dari hati ke hati, kau silap. Bak kate Ustazah Fatimah Syarha, kenal lama tapi yang kau dapat cuma lakonan semata. Kenal sekejap tapi bila hati dah rasa selesa, bila kau perlu nasihat dan kata kata semangat untuk kau pulih dari luka yang datang hentam tiba-tiba, dia pilihan terbaik.

Ingat lagi haritu, beberapa minggu sebelum dia jadi isteri orang, sempat kami keluar makan gossip sama sama dari petang smpai malam. Round satu jalan Tar nak cari tudung nikah yg super cantik, selesa,labuh dan murah tu. Akhirnya dapat kan. Sempat jugak bicara dari hati ke hati wanita ni. and sempat juga bahu yang kecik tu dipinjam jadi tempat sandarkan hati ni sekejap :)

Tq for everyting kak wani, be a good wife to your husband. To Faliq, jage kakak kita baik2 tau (: 


Thursday, March 13, 2014

Confirmation (:

Assalamualaikum wbt..
Selamat tengahari, salam sejahtera.

Apa khabar hati?
InsyaaAllah masih sihat dan baik :)



Good news!

Alhamdulillah..Setelah 9 bulan bekerja as a contract staff dekat company tu, akhirnya tadi dah dapat offer untuk become permanent staff! Kalau diikutkan kontrak akan tamat bulan 7 tahun ni, tapi alhamdulillah dipermudahkan. Lepas ni perlu lebih berusaha tingkatkan prestasi kerja dan performance biar dapat bonus masyuk. hehe 

Selalu juge ingatkan diri, biar ikhlas buat kerja,jangan sakitkan hati customer, sebab kerja kau akan berinteraksi dengann customer setiap masa. Kerja kau bantu customer, tapi kadang kadang tersasar. kadang-kadang jadi marah dan meluat. Ini lah cabaran kerja kan. Setiap kerja ade cabaran dia. Kau boleh Syuhada, you are born to be strong! Kalau tak dah lama kau resign kan syu. Ikhlaskan hati Syuhada, sekarang mungkin kadang kadang tersasar, tapi lama2 kau akan biasa. Sabar kunci utama (: 

“Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukan dengan penuh ketekunan (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Ikhlas

***
Sekarang musim jerebu, x boleh keluar rumah sgt. Sekarang aku cuti, balik Nilai. Nilai jerebu teruk. Keluar rumah pun dah nampak asab jerebu tu. bahaya la. Sila jaga kesihatan dan jaga diri ya (:



##Semoga selamat kembali MH370






Saturday, March 8, 2014

Ohsem

Assaamualaikum..

Harini dah lapan March dua ribu empat belas  :) 

Apa khabar hati harini?
'Sudah semakin baik...InsyaAllah.. '

bagus ......... (: 

Dan tak lupa juga untuk pembaca senyap, 
mulai sekarang kau akan tersenyum sebab aku akan menulis untuk setiap minggu.


Cepat sangat masa berlalu kan? Pejam celik je dah March. Dah dekat 9 bulan kerja kat tempat penuh memori ni. Nasib baik aku cukup kuat untuk menepis segala kenangan yg singgah. Dah lepas, sudahlah kan (:

Hari sabtu adelah hari cuti dan hari esok ialah hari ahad dan aku harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdidikasi untuk mengharumkan nama company. kononnya la sangat kan. Nak melayan karenah manusia pelbagai bukannya senang. Ada yang cerewet sampai boleh menimbulkan kemenyampahan dan ade juga yang baik sangat smpaikan tak sanggup nak menghampakan.

Bila duduk dan melepak dekat rumah, selain tinjau dan mengusha makanan kat dapur, haruslah kita layan Running man! and FYI, dah terlepas dari episod 175! sekarang RM dah episod 187! Episod yang terlepas harus diqada' okey. Ape yg best sangat tengok RM? tahla.. aku rasa cerita tu boleh buat aku senyum dan ketawa berdekah2 tanpa pedulikan orang lain di sekeliling, dan ..... aku happy :)

Tapi.... 


sehebat dan selawak manepun RM yang buat kau gembira dan ketawa, jangan lupa ubat hati hanya pada Allah swt, meminta hanya pada dia.. mahu happy dan bahagia? minta sungguh2 pada DIA. Insyaallah segalanya tiada yang mustahil bagi DIA. 


Nah, tengok kalau anda ohsem (:


Monday, March 3, 2014

DIA ada :)

Asslamualaikum..

Apa khabar duhai hati?

'sakit...'

kenapa?

'dia dah pergi jauh...'

Sabarlah.. doa pada DIA moga dikembalikan kekuatan. Malah lebih hebat lagi. Yang dah pergi, kalau ditakdirkan kembali, pasti kembali.. Jika bukan, pasti yang datang nanti sesuatu yang lebih baik dari yg pernah pergi.

'Tapi susah.....'

Ya..memamg susah.. tap bila bersangka baik dengan Allah..semuanya indah. InsyaAllah..

Bersabarlah.. Yakin pada Allah  


(:

pic: google




2014 in March!

Asslamualaikum,,
Cepat sungguh masa berlalu.. Dah masuk bulan March !

Sejak jadi wanita bekerjaya ni dah jarang belek blog sendiri. InsyaAllah lepasni akan semakin rajin menulis semula mcm zaman belajar dulu :)

Macam2 kenangan 2013.. biarlah simpan di hati jadi kenangan saje. Biarlah yang rahsia tetap jadi rahsia bagi yang tahu.

Malas nak fikir dan malas nak sentuh soal tu, biarlah semua yg dah lepas pergi.. Allah jadikan sesuatu kejadian tu bersebab, kita ade akal ade hati pandai2 lah kawal..

Till next entry ^_^