Monday, January 28, 2013

Ramlee Awang Murshid-Aku bercerita (:

Assalamualaikum..

Ramlee Awang Murshid. Aku salah sorang peminat tegar karya beliau.

Pertama kali teruja baca novel Ramlee Awang Murshid ni masa aku form 5, Masa tu terbeli buku trilogi novel bagaikan puteri yang pertama. Isi kandungan sangat menarik. Lain dari yang lain. Bahasa indah tapi penuh simbolik. bestnye bestnye. Sampai adik dan abang2 aku pun terpengaruh jugak. kadang kadang diorang yang beli buku-buku tu. Boleh kate aku ade semua koleksi RAM ni. tapi ade yang pinjam tak pulang pulang. sedih betul la dengan orang-orang yang macam ni. 



Ni novel terbaru RAM. Tak baca lagi buku ni. Baru beli semalam dekat Jusco masa keluar dgn ila n Rahman. tengok cover pun dah macam tertarik kan nak tau isi kandungan die. 

Berbalik pada perjumpaan bertiga seronok gts, sebab dah hampir setahun tak jumpa rahman sejak kerja part time dulu. Ila hari hari pun jumpa. Terima kasih sebab belanja kami pizza petang tu  (:

Till next entry :)

Susah nak faham orang kan?

Assalamualaikum.



Hati ni kadang kadang payah nak di tafsir. Kadang-kadang rasa selesa. tapi kadang-kadang rasa janggal.. Kadang-kadang rase sangat diperlukan, tapi ada kalanye terase dipergunakan.

Emosi senang nak faham.Boleh jangka dari riak muka.. nada suara..tapi perasaan? susah !

Sahabat.. kawan.. teman.. kekasih.. atau satu perasaan lain yang sukar diungkap. mana satu hati itu tuju? Susah nak faham, susah nak terima kenyataan bila harapan semakin tinggi. Penat !

Aku masih mampu bertahan dengan semua permainan perasaan ni. walaupun penat. tapi aku kuat.


Till next entry...


Saturday, January 26, 2013

Tamat zaman belajar, memori paling indah.

Assalamualaikum. 
selamat pagi.salam sejahtera.

Dua minggu lepas (17/1/2012) lepas habir paper Taxation II, insyaallah tamatlah sudah kehidupan kami  sebagai seorang pelajar degree. Alhamdulillah, sekarang semuanya bergantung pada keputusan final exam nanti. 

Perasaan aku?  xde perasaan sangat kot. biase je. Mungkin sebab kehidupan degree ni tak memberi impak yang cukup kuat sgt bagi aku. Tapi kehidupan di Shah Alam aku cipta banyak memori. memori indah cukup indah dan tersangat indah di Shah Alam ni. Shah Alam tempat aku belajar berdikari, tempat aku belajar menguruskan hati dan tempat aku belajar mengenali kawan dan lawan.


Till next entry :)


Wednesday, January 2, 2013

Confused

Assalamualaikum.
selamat petang dan salam sejahtera.

Rasa nak demam! 

Tadi baru kena hujan. Hujan lebat. Habis basah kuyup. Nasib baik beg laptop ni tebal, selamat laptop and notes and buku and barang barang lain x basah. Fuhhh.. Ni semua punca dari pakcik teksi tu la. Beliau tu taknak masuk dalam kolej. Nak marah x berani. Dah la hujan lebat. Die lelaki aku perempuan. Macam macam boleh jadi kan. Tapi alhamdulillah, selamat sampai.

Naik teksi terus pergi kolej, sebab nak ambil motor dan singgah fakulti dulu. Ada appointment dengan madam Nabilah. Ade part yg still blur lagi. Tapi madam call gtau yg die x boleh sebab nak ambil anak dia. So, madam terangkan la dalam fon tentang part tu. Last2 madam cakap, sebenarnya part ni x masuk exam esok. x payah baca !   haha (:

So, lepas sampai kolej, tunggu hujan reda sikit terus balik rumah sewa. Masa tu memang rasa pening dah. Dgn basah kuyup lagi. dengan sejuk lagi. dengan selsema lagi. sampai rumah terus pergi kedai runcit beli panadol soluble, dengan harapan selsema ni cepat hilang secepat yang boleh. 

itu tadi.. tapi sekarang... confused.

Keliru dgn hati.  Pening. makin pening lagi bila kena hujan ni. Ah sudah, hati sila kuat. Akal mohon waras. Takde ape yang akan berubah. 


Till next entry,



Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum
salam sejahtera :)


Selamat tahun baru. Non-officially nye sekarang da 24 tahun. Umur yang matang. Orangnye tak tau la matang ke tak. Dekat rumah pun still main cikgu-cikgu, main masak-masak, main emak-emak dengan anak anak jiran dan saudara kecik. Haha !

Tak lama lagi non-officially nya jugak aku akan graduate. Sekarang pun tengah study week ni. Doakan aku lulus dengan cemerlang ye (:

Mencari kerja. 
Ni perkara yang selalu bermain di benak dan hati sanubari. Susah kan sekarang nak cari kerja. Graduan yang cemerlang pun bersepah yang menggangur. Mungkin mereka nak cari kerja yang sesuai dengan kelayakan. Mungkin juga mereka nak buat bisnes sendiri, jadi usahawan berjaya. Tapi sebab nye hanye mereka je yang tahu kan. 

Tak kisah. Untuk permulaan ni aku tak kisah nak kerja apa pun. Walaupun kerja tu bertaraf SPM je. Well, sekarang semua kerja mahukan pengalaman. Mungkin rezeki kita nak dapat kerja elok masih lambat lagi kan. So, tak kisah. Dan alhamdulillah, since rumah family dekat Nilai, senang sikit. Dekat sini banyak peluang kerja, dan banyak public transport. Cuma kena usaha lebih untuk mencari. Dia xkan bergolek terus datang kat kita kan? Jangan terlalu memilih, terima apa yang datang dulu. Tapi kalau boleh pilih ape yang terbaik untuk diri kamu.

Till next entry.