Sunday, August 20, 2017

The hurtful things people say to infertile women



Assalamualaikum
Salam Sejahtera buat semua pembaca :)

Just nak sangat Share dari entry dari Dr. Malpani's blog ni.

Sebab 99% orang yang aku pernah jumpa akan bagi advice macam macam pada aku yang masih belum ada rezeki cahaya mata lagi.. Siap ada yang tanpa malu tanpa segan suruh buat teknik itu ini sama macam dia buat supaya cepat mengandung. Perlu ke sampai urusan dalam kain pun nak cerita dekat aku? Aku taknak dengar pun pasal tu. Lepas tu pertikaikan dan buat andaian sendiri kononnya aku ni tak reti semua tu. Sebab tu tak mengandung lagi.  Erk..perlu ke?

Ada yang suruh aku beli ubat itu ubat ini yang berlambak dekat pasaran yang kononnya dorang makan so dah bertambah anak dua tiga orang. Eh tak takut ke makan ubat sebarangan? Makan jamu sebarangan yang entah-entah siapa founder dia? Hmm.. bila dikata aku tak percaya ubat-ubat yang dia makan tu sebab nampak sangat produk-produk yang jenis banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan tu, dikatanya aku ni taknak usaha. Sebab tu tak mengandung. Hmm.. kalaulah dia tau berapa aku dah berhabis buat rawatn , mesti dia terkedu kan?

Bila cerita tentang rawatan yang aku buat, mula la angkuh dan beritahu yang diri dia tak perlu pun buat rawatan mahal-mahal macam tu sebab dia terlalu subur, dan mula la suggest ubat-ubat yang entah apa-apa atau orang-orang yang entah siapa-siapa yang katanya urut sekali, boleh buat aku mengandung terus.Bila tanya mana dia dapat info, katanya dapat dari FB. Boleh percaya ke? Aku kurang percaya benda macam tu. Huhu..

Mungkin ada yang kata aku ni ego taknak dengar pendapat orang.Bukan...aku tak ego. aku akan dengar pendapat dan cadangan kalau orang tu bagi dengan cara yang elok, tanpa memaksa supaya aku pun ikut cara yang sama macam dia buat supaya cepat mengandung.. Please la faham yang bukan aku yang tentukan semua ini. Tak perlu pertikaikan usaha dan duit yang aku dah habiskan untuk rawatan sebab kau tak hadapi masalah macam aku. Kau tak tau apa yang aku rasa, kau takkan boleh faham.

...Rezeki anak bukan boleh dibeli di pasar malam. Aku dah usaha dan masih sedang berusaha. 

Image result for infertile

so, untuk semua orang yang berfikiran macam tu, please baca ni.

The hurtful things people say to infertile women


One of the hazards of being infertile is having to cope with all the unsolicited advice you get from friends and relatives.
Anyone who has had a baby thinks they are an expert on babymaking, and they are happy to give you tons of gratuitous and uncalled for advice
They are often completely clueless about the basics of reproduction, but they believe that since you are not able to have a baby , you are the one who must be clueless, and they are happy to tell you how they got pregnant, so you can follow in their footsteps !
They will tell you all about the "fertile time"; how and when to have sex; who the best doctor is; and how their cousin got pregnant after going to a temple in Varanasi.
Please don't get irritated when they share this rubbish.
Yes it can be painful and hurtful, but remember that most of them are doing with good intentions. It's because they care for you and want to see you happy that they offer this well-meaning advice. Sadly, they don't understand how much pain they inadvertently cause you; or that a lot of the suggestions they offer are just old wife's tales, and are factually wrong !
Just nod politely ; smile and thank them for their concern and interest; and tell them that you are taking all the right steps by going to a medical expert, so they stop haranguing you.
If you feel they are doing it to harass you, then you need to fight fire with fire ! Ask them to show you their MD degree;  or offer to pay their medical consultation fees for all their expert advice - this will make sure they understand that it's best for them to keep quiet, rather than to hassle you !
Till next entry

Wednesday, August 16, 2017

HARI INI, 3 TAHUN YANG LEPAS (:

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca.

Ehem, ada apa ye pada tiga tahun yang lepas?
Ya, tepat pada 16 Ogos 2014. 

jeng jeng jeng...

Kalau nak tau, pada tarikh ni lah aku dilamar dan bergelar tunangan orang!

Aku pernah cerita dekat pos INI. Kalau rajin boleh la baca ye. Manisnya bila ingat saat-saat tu.... Tapi malu pun ada. aish! hihi.. hai suami, kalau awak curi-curi baca entri ni, sila senyum sendiri tau! 

Alhamdulillah Syukur ya Allah..

Perkenalan  yang mulanya cukup singkat dan ringkas berakhir dengan sebuah ikatan yang cukup indah, cukup bermakna buat kami berdua.  Semoga jodoh ini diredhai Allah sentiasa.

so, untuk awak suami saya,
HAPPY 3RD YEAR ANNIVERSARY OF OUR ENGAGEMENT. I LOVE YOU 💗💗💗


p/s: kalau dah baca jangan lupa klik iklan kat blog ni ya, thanks!

Monday, August 14, 2017

Planner Giveaway By Eeca Shyaa

http://www.eecashyaa.com/2017/08/planner-giveaway-by-eeca-shyaa.html

Assalamualaikum.. 
salam sejahtera buat semua (:

Alahai planner ni. comelnyaaaaaa. geram sangat bila tengok kan?  Kalau kreatif, boleh try buat sendiri, memang sangat puas hati!

so kalau siapa-siapa nak planner macam kat atas ni, sila klik banner okay!

Sunday, August 13, 2017

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)

Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)

Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)

Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)

Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang

Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join

Okay Bismillah. Klik banner untuk join

KENAPA BERBLOGGING?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca.

Apa khabar hati harini?
Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik saja.

Harini hari ahad, jadi rutin biasa sebagai suri rumah tangga hujung minggu ni, Kemas dapur, basuh baju, jemur baju dan lain-lain lagi. Tak masak ke?Haha! harini suami kerja pagi. So  jawabnya, kalau dah tinggal sorang kat rumah ni memang jarang lah nak pegang kuali kannn. Prefer makan biskut or roti dan seangkatan dengannya. Suami balik kerja nanti baru kita masak, itupun kadang-kadang tak sangat sebab kami dah jarang makan malam dah. Tapi mungkin kalau dah ade baby nanti situasi ni akan berubah 360 darjah. hehe :p

okay, berbalik pada tajuk di atas.
Kenapa berblogging? kenapa buat blog? kenapa ade blog? 

Sebenarnya aku dah pun start berblogging masa umur 19 tahun, which is tahun 2008. Masa tu tak famous lagi blogging ni. Tapi blog aku terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu yang aku sebdiri tak ingat kenapa. 

Aku suka menulis. Itu sebabnya aku berblogging. Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah aku rajin buat cerpen dan sajak, puisi semua tu. Buat dan hanya bagi orang-orang tertentu je yang baca. Masa sekolah pun kebanyakan karangan yang aku buat semua mendapat pujian dari cikgu dan bangga sungguh kalau cikgu suruh orang baca karangan aku dalam kelas. Manisnya saat tu. Teringat-ingat sampai sekarang!

Eh Tahu tak? 
cita-cita aku dulu ialah untuk menjadi seorang penulis. Rindunya zaman tu. Zaman yang bebas dari segala komitmen. Yang aku tahu cuma ambil pen dan kertas dan menulis apa sahaja yang terlintas di hati aku. Sampai kadang-kadang masa tengah buat kerja pun aku boleh berhenti dan menulis bila idea tu muncul. Tapi sayang, karya-karya aku yang dulu tu dah dibakar. Aku sendiri yang bakar. Entah kenapa, aku pun tak faham masa tu. Yelah, budak budak lagi zaman tu.

Tapi sekarang ni, otak aku dah berkarat, dah tak kreatif dah macam dulu.Sedih tau! Aku pun dah jarang membaca, dah jarang sangat gali ilmu. Kekangan kerja dan penat sebenarnya bukan lah satu alasan kan? aku je yang malas.

Lagi satu, aku berblogging ni juga sebenarnya untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati yang aku tak boleh luahkan di alam nyata. Lagipun sebenarnya tak ramai yang tahu kewujudan blog ni, aku tak pernah cerita kat sape-sape pun. Suami aku pun jumpa blog ni sendiri tanpa aku beritahu dia. haha! 

Kononya macam ni lah. Aku nak meluahkan tapi aku tak nak ade yang tahu. Biarlah blog ni sekadar di alam maya je, kalau ade kenalan yang dah terbaca, silakanlah teruskan, kalau ade yang tak tau biarkanlah. lagi prefer macam tu. Teruk tak perangai? ahahaha

Okey, jumpa lagi!






Thursday, August 10, 2017

KENAPA NAK KONDEM?

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Khamis menjengah akhirnya.

Insyaallah niat satu minggu satu entri untuk pengisian blog ni diharap dipermudahkan. Semoga terus diberikan kekuatan dan kerajinan untuk menghidupkan blog ni semula. Bila tengok entri-entri yang lepas dengan entri yang sekarang, banyak betul beza dia. Yelah, dulu buat blog masa zaman budak-budak lagi, so ayat pun macam budak budak wicet. ahaha!

Eh, sebenarnya nak share something yang berlegar legar dalam kepala aku ni. Yang menyakitkan hati aku jugak sebenarnya. As usual, aku adalah seorang yang suka diam dan memerhati. Dan selalu yang aku perhatikan,ramai sangat yang suka kondem cara orang lain. Orang buat tu salah, dia je yang betul. Apa ye yang ade dalam fikiran orang macam ni? Geram tau! Kadang-kadang malas nak melayan, so kita terus diam, pergi dan buat hal sendiri je.


Image result for jangan condemn cara orang lain




Thursday, August 3, 2017

WATSONS BUY 1 FREE 1

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca (:

Watsons tengah sale sekarang ni. Sampai 4 september 2017 rasanya. Salah satunya ialah yang buy 1 free 1 tu. Bila aku belek-belek katalog online, tengok ehhh banyak jugak pilihan yang ada, so apa lagi tarik tangan husband teman pergi watson beli apa yang patut. Jimat sangat!

Ni antara barang yang aku beli.




Lip Ice Sheer color-1 Set
Aku memang guna yang ni kalau kat office. kalau malas nak mekap or pakai lipstick, yg ni je aku calit. Ikut warna darah, best jugak lah.



Maybelline White Super Fresh CC Cream-1 Set
Ni sesaje nak beli. Tak pernah pakai pun CCcream mana-mana jenis. Tapi bila dah beli, memang sangat tak menyesal la sebab memang best sangat, tekstur ringan dan boleh buat alas bedak.


ORITA Shower Gel-3 set
Yang ni paling best. Ada 3 jenis. Susu Kambing, Rose dengan Green Tea. Ni aku beli 3 jenis sekali. Boleh guna untuk 6 bulan kami laki bini.haha!

Pantiliner KOTEX - 1 set

KOTEX Overnight Wing - 1 set


Watsons Gel Body Scrub- 2 set
yang ni pun best, so aku beli 2 set. dapatlah 4 haruman yang berbeza

Dengan promosi Buy 1 Free 1 ni, aku dapat jimatkan RM124.85. banyak kan? So korang tunggu apa lagi, pergi cepat sebelum kehabisan stok. Atau lagi senang korang beli online je dekat website dia. Beli online dapat free gift tau! Klik SINI

ok, jumpa lagi entry akan datang.

Assalamualaikum




Saturday, July 29, 2017

PINDAH RUMAH LAGI

Assalamualaikum WBT
Salam sejahtera buat semua.

Haritu dah berazam nak selalu update blog, tapi sangat-sangat kesuntukan masa sekarang ni, Lepas je balik dari handle bengkel semiggu dekat Kalumpang Resort & Training Centre  rabu lepas, terus ambil cuti 2 hari untuk urusan pindah tumah. 

Kenapa nak pindah rumah? sebab itu memang hobi kami. hahaha! takdelah. Adala sebabnya kan. Rumah yang nak pindah ni kecik lagi dari rumah sekarang tapi bagi aku lebih selesa. Sewa pun lagi murah. Sementara nak dapat giliran duduk kuarters kerajaan ni, so boleh la kita pilih-pilih sikit rumah sewa yang kita nak duduk tu kan? Takde salahnya pun.

Mungkin lepas setel pindah rumah nanti, boleh la aku update blog selalu. Mostly yang aku nak cerita pasal Perjalanan TTC dan Misi turunkan berat badan. Doakan semoga semua urusan aku dipermudahkan ye. InsyaAllah..Amin..


Monday, July 17, 2017

17.07.17 DAN JAMUAN RAYA

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua (:

Cantik kan tarikh hari ini? Semoga hari-hari kita pun cantik juga sentiasa Insyaallah.

Harini office aku di Aras 6 ni buat Jamuan Makan-makan kiranya open house sempena Hari Raya Aidilfitri. Makan-makan bercirikan potluck dan aku ditugaskan di bahagian dessert. Eh sebenarnya volunteer je sape-sape nak bawak apa-apa pun. Bebas je. Lagi puas hati kan? Aku bawa brownies dan puding karamel.

Jamuan ni terbuka untuk semua warga jabatan, kami jemput sekali cleaner, pak guard, makan lah puas-puas, sedap tau kitorang masak! Ada nasi dan lauk pauk, Laksa Sarawak, Soto, Sate, Pulut kuning, Rendang, Mushroom soup, buah-buahan. kuih mueh, kek lapis, dadih, puding, brownies, cocktail, cendol, dan macam-macam lagi. Tapi laju betul habis. Tak sempat nak bungkus bawa balik rumah. haha!

Bila buat majlis mcm ni, kita boleh tengok karenah manusia. Aku kan suka memerhati. Ade yang jenis suka mengarah, ade yang jenis kalut, dan macam-macam lagi. Aku? Aku pilih untuk berada di kalangan majoriti je. haha

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Semua pun beri kerjasama seperti yang diharapkan. Semoga kami dapat anjurkan lagi jamuan ni pada tahun depan lagi. InsyaAllah..

p/s: bos, thank you for tudung Arianj. We love it so much. haha. Wish kat sini macam la bos baca blog ni. kuikui

Wednesday, July 12, 2017

KENAPA PERLU PERTIKAIKAN ATURAN ALLAH SWT ?

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera buat semua

Dulu sebelum berkahwin, aku yakin sangat yang mengandung itu senang. Betapa jahilnya diri ini masa tu yang langsung takde ilmu berkaitan Trying to conceive  (TTC). Tapi itu normal lah bagi yang belum berumah tangga. Selagi tak merasainya, selagi itu takde yang faham ape perasaan orang yang sedang berusaha untuk hamil. 

Aku dan suami dah 2 tahun setengah mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Dalam masa dua tahun setengah ni, bermacam sindiran dan juga kata-kata negatif yang aku pernah dengar. Dulu memang aku kuat melawan balas balik, tapi sekarang aku dah malas nak ambil pusing. Aku dah lali walaupun hati ni macam disiat-siat pedihnya.

Sedih?
Sangat sakit yang tak mampu aku gambarkan kesedihannya. Dulu aku kuat menangis, depan suami pun aku bantai menangis teresak-esak sebab kadang-kadang tak boleh control perasaan kecewa tu. Lebih-lebih lagi bila saudara mara dan keluarga terdekat silih berganti hamil. Alhamdulillah murah betul rezeki zuriat mereka. Aku gembira sangat bila dapat tahu mereka hamil tapi aku tak dapat nak tunjuk. Dalam gembira tu ade juga terselit perasaan kecewa.


Setiap hari kata-kata ni yang sering bermain dalam kepala aku

'kenapa aku tak mengandung lagi? 
'kenapa mudah sangat dorang mengandung tapi aku tak?
'kenapa period aku teratur tapi masih tak mengandung lagi?
'Aku ni boleh mengandung tak agaknya?
'Suami aku cari lain tak kalau aku tak mampu beri zuriat?

Allah..berdosanya aku fikir macam ni..

Satu hari, masa sembang-sembang dengan sorang officemate ni, aku bercerita pasal ni, dan tiba-tiba dengan tegasnya dia cakap dengan aku..

' syu, kau dah kenapa? Jangan macam ni. kau kena yakin dengan kuasa Allah SWT. Kau cakap mcm ni seolah-olah kau tak percaya kekuasaan Allah. Kau nak anak kan? So kau kena bersangka baik dengan Allah, doa dan solat jangan lupa buat. Minta sungguh-sungguh pada DIA.'

Memang aku tersentap sekejap. Tapi kata-kata dia memang betul. Dan aku muhasabah balik diri sendiri. Anak itu rezeki. Rezeki itu kan aturan Allah swt. Jadi kenapa aku perlu down dan bersedih?

Aku cermin diri. Allah, maafkan hambamu yang tak bersyukur ni. Aku tak sedar lagi yang aku masih belum ada anak tapi aku ada suami dan keluarga yang baik, kawan-kawan yang positif dan rezeki yang sentiasa datang tanpa disangka-sangka. Itu semua rezeki Syuhada...

Terima kasih sebab sedarkan aku..

InsyaAllah aku akan terus berusaha dan berdoa untuk rezeki yang satu itu. Doakan aku supaya tetap kuat dan tak mengalah.

Aku kan hebat!



WORDLESS WEDNESDAY 2017 #1





Tuesday, July 11, 2017

KISAH MAKEUP REMOVER

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Yeayy!!  Akhirnya update pun blog. 

2017 ni baru satu entri rupanya. Maaflah, idea banyak dalam kepala tapi entah kenapa belum mahu terus menulis dan meluahkan kat sini. InsyaAllah nanti akan kerap menaip. Alahai...bukan ade sesiapa pun baca blog ni kan? hehe

Balik kerja ni sebenarnya nak ajak husband pergi drugstore jap, nak cari makeup remover. Sebab yang beli haritu dah habis dah. Yang aku cari ialah yang jenis wipes tu, senang nak bawa kat mana-mana dan bagi aku lebih berkesan menanggalkan mekap di wajah. chewahhh.

Aku bukan la mekap sangat pun. Kalau rajin je nak la jugak bersolek sikit. Terutama bahagian mata, eyeliner dengan mascara tu kene betul betul bersihkan sebab kalau tak bersih tak sah solat kita nanti kan. Sebelum cuci muka pun kene sental dulu dengan mekap remover bagi betul-betul bersih gitu. Yang aku guna sekarang ni jenama Simple,nah sebijik macam gambar kat bawah ni : 


So far pakai yang ni memang memuaskan hati aku. memang betul-betul bersih kat area mata tu. Nak bawak travel lg senang, letak je kat dalam handbeg tu. Kalau tak bawak susah jugak, lagi-lagi kalau travel nak solat kene tenyeh betul-betul. Tu yang husband selalu tunggu lama sikit tu. yela,lepas solat kene touch up balik.Hihi..

Tapi yang paling best pernah aku guna ialah wipes dari Biore. wipes dia sangat lembut di wajah, bau pun sedap je. Tak kebas pun muka bila sental sental mekap tu. so kalau nak try boleh cuba yang ni sebab dia sangat-sangat okey. Aku beli yg travel pack, kecik je pack dia. Sebab kerja aku kan banyak handle bengkel dan kursus, so boleh bawak bila pergi bengkel or kursus nanti. 

Ni gambar dia: 


Okey, selain jenis wet tissue ni, aku ade beli lagi satu.jenis yang air tu. Ni kiranya terpengaruh dengan iklan TV la ni. Kononnya dap dap dap je dah boleh hilang mekap. Tapi aku tak berapa suka la yg ni, sebab leceh ,plus kene sediakan facial tissue yg petak tu kan. Yang ni ade kat rumah, memang letak kat rumah je. Tapi area mata tu susah nak bersih. so memang aku prefer yang jenis wipes tu je.

Ni yg aku beli haritu, Garnier Micellar Cleansing Water: 

Tapi so far kedua-dua jenis ni okey la, tujuan untuk buang mekap je kan? Lagipun boleh dapat di mana-mana drugstore kat Malaysia ni tau. Untuk keterangan lanjut korang boleh layari website di bawah ni, klik je: 


Sampai kita berjumpa lagi pada entri yang akan datang. 

Thursday, May 18, 2017

Pengalaman interview kerajaan (SPA)

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua :)

Hai semua. lama dah kan aku tak menaip. Bukan apa, sibuk sikit dengan urusan peribadi dan kerja. Tapi aku rasa sayang pulak kalau blog ni terus dibiar sepi sebab dengan blog ni lah aku bebas nak meluahkan, bercerita dan berkongsi apa-apa sahaja. 

Tiga ulan lepas aku baru je selesai menghadiri Temuduga jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD M41). tapi nasib tak menyebelahi aku untuk jawatan tu, aku redha je dan cuba lagi tahun depan kalau ada peluang.

Sebenarnya nak berkongsi cerita tentang interview SPA yang aku pernah dapat dan pernah lalui. Aku mula mengisi portal SPA sejak habis SPM lagi (dalam tahun 2007 kalau tak silap). Jadi aku rumuskan di bawah senarai jawatan yang pernah aku dipanggil untuk temuduga.

1. Jururawat Masyarakat
Tidak berjaya - First time ever interview dan masih kebudak-budakan masa ni.

2. Jururawat
Tidak hadir - Tengah Exam (Diploma)

3. Penolong Pegawai Arkib S29
Tidak berjaya

4. Penolong Pegawai Tadbir N27
Tidak berjaya

5. Penolong Pegawai Undang-Undang N27
Calon Simpanan

6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Tidak Berjaya

7. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 
Calon Simpanan (dan diserap sebagai pegawai tetap sekarang, Alhamdulillah)

8. Penolong Penguasa Kastam W27
Exam online- Tak jawab sebab dah kerja gred yang sama, cuma skim berbeza. Bagi peluang orang lain :)

9. Penolong Pegawai Penerangan S27
Exam online- Tak jawab sebab dah kerja gred yang sama, cuma skim berbeza. Bagi peluang orang lain :)

10. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Exam online 2015 - Tak jawab sebab hal peribadi yang tak dapat dielakkan.

11. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
LULUS Exam online 2016 , LULUS PAC, cuma terkandas di step terakhir, Interview. belum             rezeki lagi kat sini. hehe

Bila tengok list dekat atas, Alhamdulillah aku bersyukur sebab dipaggil banyak kali untuk menghadiri exam dan temuduga kerajaan. Ada beberapa kenalan yang sekali pun tidak pernah merasai pengalaman ini. Takpe, InsyaAllah masing-masing ada peluang nanti. Kalau dah rezeki tak kemana kan? Kerja swasta ke, kerja kerajaan ke semuanya rezeki yang Allah dah atur untuk kita. Jadi kita kena bersyukur selalu. Ada hikmahnya, InsyaAllah, Sabar itu Indah.