Monday, June 10, 2013

Manners

Assalamualaikum.


Terlalu ramai orang yang baik dalam dunia ni. Bersangka baik, berbudi bahasa dan bertolak ansur. Tak kira bangsa dan agama. Tak kira siapa pun. Observation sepanjang minggu ni, ini hasilnya.


Sorang budak india offer seat dalam tren pada aku walaupun dia nampak sangat letih dan tak bermaya.

Sorang pemuda cina offer seat die pada seorang mkcik melayu, walaupun die baru je duduk beberapa saat.

Seorang pemuda cina pimpin tangan sorang atuk melayu lintas jalan.

Seorang gadis india pimpin tangan pakcik melayu yang buta untuk turun tangga. 

Seorang pakcik melayu sanggup matikan talian telefon sbb nak tolong tarik moto aku yang tersangkut dengan motor lain.heheh :p

Seorang pakcik Cina yg hensem dan bersuit dengan ramahnye memberi pertolongan dan menunjuk arah jalan mase aku sesat tak jumpe arah nak pergi tempat kerja. heheh (:

Bangga jadi rakyat malaysia!