Saturday, May 30, 2015

Misi menguruskan badan 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Sekarang nih aku dalam misi menurunkan berat badan sendiri.

Sebab apa?
untuk kepuasan
keyakinan diri
dan yang paling penting untuk kesihatan lah.

kau tahu, berat badan aku sekarang 68 kg, which is lebih 10kg kalau nak dapat berat badan ideal. itupun aku ikut jumlah BMI yang paling minimum yang sepatutnya sesuai dengan ketinggian aku.

Boleh ke? 
InsyaAllah takde ape yang mustahil kalau kita berusaha kan. Aku yakin aku boleh. Syuhada kan hebat. so jangan nak fikir negatif lah kan. Untungnye aku sebab disokong oleh keluarga, suami, kawan-kawan, staff untuk misi ni. heheh. 

So untuk tu, aku tengah kawal slow-slow cara pemakanan dan gaya hidup aku.

Kalau dulu aku makan tak tambah pinggan tak sah, sekarang aku cuma ambil sepinggan nasi,Dari sepinggan nasi, aku kawal lagi dari ambil sesenduk je nasi.hehe..tapi kekadang tersasar jugak. Haritu masa kursus kat JB ada trainer yang ajar kecergasan ni ajar beberapa step untuk kempiskan perut. dan dia cakap min untuk bersenam adalah 30 minit seminggu. Dia cakap kalau 15 minit bersenam pun, yang keluar tu ialah air, bukan nya bakar lemak pun. so sia-sia je eksersais cmtu.

So untuk misi mendapatkan berat badan yang ideal, selain dari kawal pemakanan dan banyakkan minum air masak, aku jugak beli ni



Teh total image ni untuk detox



Lechitin kordel untuk tingkatkan metabolime badan dan pecahkan lemak

Larome untuk sapuan luaran pagi dan malam. Panas gile.huh


Encik suami belikan skipping ni.. Brand sama dengan gambar


pastu encik suami belikan bola senam ni pulak. 


Pasni nak kena youtube cara guna bola senam ni cmne. So kat rumah je pun dah boleh eksersais. Thank suami layan je isteri awak yang macam-macah karenah ni. Love you to the moon.

Okeh, Tu je pun nak cerita, nanti ada masa kita update lagi. Bye







Monday, May 18, 2015

diam, kaku dan pergi

Assalamualaikum.
Selamat Petang


Aku rasa nak taip sesuatu..

Aku rase nak meluahkan sesuatu..

Tapi.....

bila nak meluah rasa macam ade je yang tak kena. 
So stop. 
.........diam, kaku dan pergi


Sigh*tak habis-habis mengeluh.

Aku pun tak faham la dengan diri aku ni. Kenapa Syuhada? Stress ke? Macam tak. Eh entah lah. Nak kata tekanan ke hape aku rase macam takde ape yang nk distresskan. Tapi aku sedih sebab diri sendiri ni tah babis-habis nak fikir negatif. Fikir negatif pasal diri sendiri. Fikir negatif pada staff. Fikir negatif dengan semua orang. Tapi yang aku tengok dan aku perhati, semua orang baik je dengan aku. Aku je ke yang perasan bukan-bukan? Kenapa susah sangat nak percaya dengan orang? Kenapa selalu sangat rase diri tu annoying, Entah la. Aku ni dah kene sakit jiwa ke? Entahla.

Badan pun cepat rasa nak lemah je sekarang ni.Mungkin sebab tak makan tengahari tadi kot? Tapi bukan harini je rasa cmni. Selalu sangat. Ke sebab aku minum teh detox tu? Rasa pening-pening mual. Malas nak tnye kat orang. Kalau aku tanye kat orang mesti dia tanya aku dah mengandung ke. Padahal belum ade rezeki lagi. Hmmmm. Aku ade penyakit ke? bila tnye kat suami nanti suami marah pulak. Nak tak nak duk diam jelah tak payah fikir ape-ape. Kalau pergi kat klinik kerajaan pun bukan doktor nak cek, main teka je pastu bagi ubat panadol macam haritu. Isk

Kekadang masa ni lah rasanya aku perlu seorang pendengar. Yang perlu dengar dengah penuh perhatian tanpa perlu bersuara. Manusia? susah nak jumpa.

DIA ada. Aku rasa aku pun makin jauh dengan DIA sekarang ni..Aku harap masih sempat untuk aku kembali pada DIA. InsyaAllah.

Semoga mudah semuanya,



Saturday, May 16, 2015

Life Updated May 2015!

Assalamualaikum..
Selamat malam.

Yeayyyy!
Eh jap..nak tanye khabar hati dulu..

....sihat tak harini?
Alhamdulillah. Sihat, sebab tu boleh update blog lagi ^^ *thumbs up*

Personal life
Ape yang personal sgt tah la. Cuma aku makin gemok. Ye tak tipu. Berat aku sekarang da 66kg. Setahun yang lepas berat aku 55 je, which is maksudnye da naik mendadak 11kg. Wahh, tak sangka hebat betul pencapaian aku kali nih. Tapi not to worry sangat la. Aku pun aware sebab ape aku jadi gemok camni. Sebab kurang exercise macam dulu2 and sekarang banyak makan. Faktor kerja yang bertukar ni menjadi sebab utama jugak la kot. hehe. Tapi aku pun tengah dalam usaha nak kuruskan balik badan secara sihat. Slow-slow..

Married Life
Dah nak masuk 4 bulan dah lagi 2  minggu. Masing-masing rasanya dah sesuaikan diri dengan situasi hidup yang baru, dunia baru. Semuanya perlukan sefahaman, tanggungjawab, kejujuran dan semua yang positif tu sangat penting la. Thanks suami sebab selalu give morale support in any situation yang kekadang aku rase nak  give up je selalu. Tapi cuma kekadang ade juga masanya bermasam muka. Biasalah tu kan..adat berumahtangga.

Carrier Life
Makin busyyyyyyy. Sabtu ahad ade je program nak kne attend sampai xde masa untuk diri sendiri. Macam xde life je kekadang. Dengan staff yang bermacam karenah, duk menuding jari selalu bila buat silap.. kekadang aku rasa macam nak mengamuk je. Haishhh.

Sabar syuhada.
ok, bye.





Thursday, May 14, 2015

Annoying


.....................what i feel right now








............................................hurm

Tuesday, May 12, 2015

Mei 2015 : Dah Setahun rupanya

Assalamualaikum..
Selamat petang..

Akhirnya ade kesempatan lagi nak update blog.

Ape khabar hati harini?
Alhamdulillah.. okey je macam selalu.

Mei 2015.
Dah setahun.

Mei 2014 adalah bulan yang paling manis.
Manis macam aku..hehe

Masa tu adelah masa di mana aku sedang cuba merawat hati sendiri. Aku selalu berdoa usai solat supaya hadirkan jodoh yang tepat untuk aku. Hadirkan seseorang insan yang akan selalu di sisi dan tak akan pergi dari aku. Alhamdulillah. Tuhan mendengar doa aku. Dan sejak tu lah, urusan untuk mengikat tali pertunangan dan bernikah menjadi mudah. Semuanya dipermudahkan. Keluarga pun tiada bantahan dan halangan. Alhamdulillah, bahagia sangat rasa. 

23hb Mei nanti genaplah 4 bulan status dah bertukar jadi isteri orang.

Tapi sebenarnya sometimes pun aku tak percaya yang aku dah kahwin. Kadang kadang masa jalan-jalan dengan suami, tengok muka dia and spontan aku akan sengih tetiba. Sebab dalam hati aku duk cakap. ... ehhh..aku dah kawen rupanya. haha rase macam nak tampar diri sendiri. Dush !


Suami saye yang hensem, i lebiu so much!!