Friday, August 15, 2025

Live from Ipoh, Perak.

August 15, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, sekarang ni actually aku tengah bertugas sebagai urus setia dalam bengkel yang Jabatan buat. Lama juga la kena berkampung di Ipoh ni, dalam 4 Hari 3 malam. Harini ialah hari kedua bengkel. So far so good, cuma tak sempat lagi jalan-jalan dekat area Ipoh ni sebab kekangan kerja dan jadual yang agak padat. 

Aku tak sabar nak balik rumah sebenarnya tau. Macam dah lama tak dapat proper rest. Maksudnya just duduk rumah, makan dan tidur sahaja. hahahaha! 

Lately ni banyak kerja office yang masih tertunda. Semoga aku dapat siapkan semuanya dengan sempurna dan baik-baik sahaja, InsyaAllah. Amin.. 










Monday, July 14, 2025

Malas

July 14, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Sebenarnya kan, aku ada bawa kerja dari office, cadangnya nak buat malam ni supaya esok boleh buat kerja-kerja lain pula. 


Tapi malas lah.

Mata pun makin kecik je ni.
Bateri laptop pun nak habis dah :p

so, bye!
jumpa lagii


Friday, July 11, 2025

Letih

July 11, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Lately ni, aku cepat betul rasa letih.

Letih badan
Letih emosi
Rasa nak tidur, tapi bila bangun, tak rasa segar pun.

Kat office bila buat kerja pun, rasa lemau
rasa lemah
rasa bercelaru

Aku tak tahu kenapa.
Aku takde masalah apa-apa pun

Masalah peribadi.. takde
Masalah dengan orang.. takde
semua okay je.

kenapa ya?
sekarang ni pun masa menaip ni aku rasa penat sangat-sangat.
Rasa macam nak book hotel dan tidur sampai esok !

ok tu je nak bebel harini.

bye semua!









Thursday, June 26, 2025

INFJ?

June 26, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Hai semua, sebenarnya aku tengah demam ni sejak hari Isnin lagi, batuk dan selsema silih berganti. Nasib baik memang aku ada sediakan pouch isi ubat-ubat basic macam panadol, uphamol dan lain-lain tu, so boleh makan ubat on time. Terima kasih juga kepada Rissya, Officemate aku yang baik gila bagi aku ubat selsema. Tapi ubat tu mengantuk, lepas makan, aku ambil masa sejam kot tidur dekat surau masa rehat. Alhamdulillah, ada juga nampak kesan positif.

Actually kan, bukan lah nak cerita sangat pasal sakit dan demam tu, tapi nak cerita tentang MBTI test yang aku dah buat lebih 10 kali. Dan result yang aku dapat setiapkali buat ialah INFJ! INFJ ni adalah antara yang rare dalam dunia, tapi ada orang kata, personaliti INFJ ni memalukan. Kalau dia dapat result INFJ, dia tak suka dan tak akan mengaku.

Why?

Itukan personaliti masing-masing? Aku tak faham kenapa perlu cakap macam tu, seolah-olah orang lain tak de perasaan? dan seolah-oleh dia tu adalah seorang yang sangat hebat dan orang berpersonaliti macam aku ni dilihat lemah atau biasa-biasa je? Tapi itu dia. biarlah dia. kita abaikan je. 

INFJ ni apa agaknya? memang sama ke dengan diri aku? ....padahal sebenarnya aku pun susah nak faham diri sendiri, apa lagi orang lain. Yang aku tahu I tu adalah Introvert, dan tak dinafikan aku memang Introvert dan tak banyak cakap. Circle aku sangat kecil dan yang betul-betul rapat sahaja yang tau sikap aku mcm mana. 

so, nanti lah kita sambung lagi ye. aku nak balik kerja ni. 

bye!



Friday, June 20, 2025

Life updated. Still a mess, but a better version.

June 20, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Dah lama kan tak menulis dekat sini. Ada ke yang baca lagi blog ni? 

Domain
Nak beritahu juga sebenarnya aku dah tukar domain tau, daripada www.asyiqin.com dah kembali semula ke www.asyiqin89.blogspot.com.Memandangkan aku dah jarang update blog, dan tak konsisten bertahun-tahun lamanya, so aku decide untuk tak renew domain tu walaupun hati masih sayang. Dan juga, disebabkan faktor usia (walaupun masih muda, hahaha) in case apa-apa yang terjadi pada diri aku dan aku tak boleh renew domain tu, orang lain dah tak boleh baca blog ni lagi sebab takde siapa tahu password blog ni selain aku. Blog ni hanya tempat aku bercerita, bukan untuk jana pendapatan jadi tak terkesan sangat dengan perubahan domain.

Tukar tempat kerja
Februari lepas, aku dapat surat pertukaran tempat kerja. Memandangkan aku pun dah nak dekat 5 tahun di tempat yang sama, jadi aku rasa pertukaran ni wajar untuk aku. Tapi tak jauh pun, tempat kerja baru masih dalam bangunan yang sama dan Jabatan yang sama, cuma di aras berlainan. Bulan ni dah masuk 4 bulan di Bahagian baru, so far semua okay je. Masa baru masuk haritu agak sukar juga untuk aku sesuaikan diri sebab skop kerja yang berbeza, tapi sekarang okey je. Kita memang kena ambil masa untuk biasakan diri untuk handle situasi yang baru kan? so apa pun yang jadi, hadap je. jadi diri sendiri.

Banyak yang aku nak cerita, tapi tak tahu la bila ada masa nak menaip lagi kat blog ni.

Tapi kesimpulannya nak bagitahu…

Life updated. Still a mess, but a better version.




Sunday, April 6, 2025

Berpura-pura bahagia

April 06, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Tadi saja buka youtube nak dengar lagu, terlalu pula lagu ni. Bila hayati lirik dia, rasa sedih tiba-tiba tanpa sebab. Walapupun kehidupan aku dah cukup bahagia sekarang ni, tapi still rasa sedih dengar lagu ni. Aku rasa sesiapa yang dengar lagu ni especially kaum wanita, mesti akan ada rasa yang sama. Tak percaya, cuba dengar sambil baca lirik dia. Aku sharekan kat bawah ye. Selamat mendengar (: 



Lihat aku di depan mereka
Tertawa tanpa cela
Langkahku ringan suaraku riang
Namun hati ini terasa hilang

Kupasang topeng setiap hari
Agar dunia tak menyadari
Bahwa di balik semua ini
Ada luka yang tak terobati

Berpura-pura bahagia di depan dunia
Menyembunyikan luka di balik cerita
Selalu tertawa meski hati terbelah dua
Agar dunia tak tahu luka yang kuderita

Mereka bilang aku kuat berdiri
Tak ada yang tahu aku hampir mati
Malam-malam panjang kulalui sendiri
Berharap pagi tak lagi menyakiti

Aku berjalan di atas panggung
Memainkan peran yang terus menggantung
Tak akan ada yang peduli
Jika aku menyerah di sini

Friday, January 17, 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

January 17, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua




Bila dah kerja, perkara penting yang ditunggu-tunggu setiap bulan ialah hari Gaji! Untuk penjawat awam macam aku, tarikh gaji memang dah ada ketetatapan dia, boleh cek dekat website Jabatan Akauntan Negara. So tarikh gaji untuk Tahun 2025 adalah seperti berikut :

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2025

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis)
Februari25.02.2025Selasa-
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April24.04.2025Khamis-
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin), Hari Raya Haji 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Julai24.07.2025Khamis-
Ogos25.08.2025Isnin-
September25.09.2025Khamis-
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali 20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis-
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas 25 Disember 2025 (Khamis)

 
Rujukan - SPANM Bil. 5/2024 - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025

Tuesday, December 3, 2024

Sarapan apa harini?

December 03, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)


Sarapan apa harini?

Ni aku beli nasi lemak dekat bawah office je. Dah 2 minggu kedai ni kena tutup sebab arahan KKM, ni baru buka semula. 

Macam biasa lah, ingatkan nak diet, tapi bila tengok nasi lemak ni tunda esok pulak la. Mudah betul seorang Asyiqin ni, dengan Nasi lemak pun lemah. haha!

Sekarang bila rumah dah jauh, aku kena datang awal ke office sebab nak balik awal ke rumah sebab nak elak jalan jem. So ada la kesempatan nak beli breakfast. Kalau dulu rumah dekat, aku akan datang lambat sikit, sebab tak payah fikir trafik. 

Tapi apa-apa pun, aku bersyukur je. Rumah jauh atau rumah dekat ke tak jadi masalah bagi aku, aku nak hidup tenang-tenang je sekarang ni.

Ok bye, sampai jumpa lagi! 




Monday, December 2, 2024

Disember 2024

December 02, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua orang. Apa khabar?
Semoga semua sihat-sihat je selalu.




Macam biasa, dah lama sangat tak update blog . Entah bila lah kerajinan untuk menaip tu nak datang. Kadang ada banyak benda nak cerita tapi tulah, tak rajin nak menaip.

2024 bakal melabuhkan tirainya. 
Tinggal sebulan je lagi. Bulan depan dah 2025. Dah meningkat usia, umur yang matang, dah dewasa dan tak boleh nak bersikap keanak-anakan lagi. Bila toleh kebelakang, memandang tahun-tahun yang aku lalui, rasa sedih pula. Banyak mimpi dan impian zaman kecil yang aku belum capai lagi. Sekarang ni? Entahla, cukup lah sekadar hidup tenang, aman dan damai. itu satu kenikmatan kan bila usia dah mula mencecah pertengahan 30an ni.

Anak?
Belum ada rezeki lagi. Masih TTC, sejujurnya aku dah bayangkan pun hidup aku ke depan nanti,  duduk jelah berdua dengan suami sampai ke hujung usia. Sekarang pun aku dah tak ambil hati bila ada orang yang pertikaikan kenapa tak mengandung lagi. Aku dah lali, aku dah redha kalau takde anak. Orang pandang rendah tu dah biasa aku hadap. Mentang anak dia ramai, dia rasa hebat. Tapi memang hebat pun kan? Aku kan, kalau boleh order anak tu dah lama aku order. Tapi tak boleh, tu semua rezeki dari Allah. Mungkin aku tak mampu jadi ibu yang baik kot? Takpelah aku buat baik kat anak-anak saudara je. Dah tua nanti, tempah lah rumah orang-orang tua.hihi

Kerja?
Kerja macam biasa, ok je. Takkan terlepas dari dugaan bekerja. Jumpa orang bermacam ragam. baik di depan tapi jahat di belakang kita pun ramai. Entahlah, aku banyak observe je, Tapi Alhamdulillah,tempat kerja sekarang ni kebanyakannya aku jumpa orang yang baik-baik dan positif, Syukur (:

Sampai sini je dulu, nanti apa-apa aku update lagi (:
Bye! 

Monday, April 29, 2024

Masih di pejabat

April 29, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)



Hai semua..aku masih di pejabat lagi ni walaupun sebenarnya dah boleh balik. Ada beberapa tugasan penting yang perlu diselesaikan dan ada fail yang perlu disemak. Kalau boleh semua kerja yang belum siap tu aku nak siapkan segera supaya tak bertangguh. Bila dah bertangguh tu nanti rasa berat sangat bahu nak memikul, boleh sakit jiwa dan perasaan tau. Kadang-kadang rasa burnout. Tapi setakat ni aku masih boleh hadap lagi. Kalau kena marah atau ditegur, aku redha je.

Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur dikurniakan rakan sekerja dan bos yang baik. Bos aku pun bukan jenis reti nak marah-marah. Apa-apa kalau ada masalah, biasanya dia akan ajak berbincang. Team aku pun semuanya okay-okay, kalau diberi kerja mereka semua boleh buat dengan baik. 

Cuma kekangan kami dekat sini terlalu banyak kerja tetapi staff tak cukup. Tapi aku rasa situasi ni pun sama je dengan mana-mana Jabatan dan syarikat lain kan? Jadi apa-apa pun yang jadi, try untuk buat yang terbaik dalam kerja seharian kita. InsyaAllah, pahala dapat, ketenangan hati juga kita akan dapat.

Jadi untuk semua yang membaca post aku pada hari ini, aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang. Semoga apa yang kalian hajati akan tercapai, dan semoga segala dugaan dan ujian yang kalian tempuhi sekarang akan berakhir dengan kebaikan. InsyaAllah, Allah maha pengasih dan penyayang. Jangan lupa berdoa ya kawan-kawan (:

sampai sini dulu post kali ni, kita jumpa di lain waktu, InsyaAllah.

Bye korang!

Wednesday, April 24, 2024

Wish List : April 2024

April 24, 2024
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Apa khabar semua?

Actually aku teruja sangat sebab Giveaway yang aku buat haritu dapat sambutan juga. Untuk sekarang, ada tujuh orang yang join. Tak sangka masih ada yang nampak lagi blog ni. Terima kasih tau, yang belum join, boleh klik dekat SINI 

InsyaAllah, hadiah bagi Giveaway ni aku akan update hujung minggu nanti. Semoga korang suka dengan hadiah tu nanti. 

Actually, post kali ni aku nak share tentang wish list aku yang aku nak beli dengan gaji bulan April ni. Memandangkan gaji esok, ada satu benda yang memang aku nak sangat beli. Apa dia?


tadaaa!


Kerusi kerja (Office chair) ni. Actually dulu ada, tapi dah patah, so sekarang guna kerusi lipat je. sakit badan tau bila duduk lama-lama guna kerusi lipat tu. So gaji kali ni nak beli kerusi yang elok dan berkualiti sikit supaya tahan lama. Lepasni boleh buat kerja dengan tenang dekat rumah. Boleh juga selalu update blog lepasni, InsyaAllah.

okay tu je nak share harini,
dah lama tak aktifkan blog, dah tak tau nak taip apa panjang-panjang, hehe

Jumpa lagi!




Tuesday, April 23, 2024

2024 Giveaway by asyiqin.com

April 23, 2024
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua :)
Hai korang apa khabar? sihat ke?


Dah lama sangat aku tak update blog, bersawang dan berhabuk dah. Tapi memandangkan domain baru je renew, jadi nak taknak kena paksa diri untuk selalu update dari sekarang, InsyaAllah.

Jadi sempena baru renew domain blog ni, aku cadang nak buat Giveaway macam zaman blog dulu-dulu, meriah dengan Giveaway, Segmen dan Contest. Agak-agak ada ke yang baca blog ni dan ada ke yang akan join ye? Takpelah, kita cuba je, kalau seorang dua yang join pun takpe, sebab tak perlu bersaing untuk dapat hadiah. hehe. okay tu gurau je.

Meh la join korang, syarat dia mudah sangat tau. Siapa yang join, automatik aku akan masukkan dalam bloglist yang akan aku letak di sidebar sebelah kanan blog ni nanti. Dan aku akan pilih 3 orang bertuah untuk menang hadiah-hadiah yang akan aku post di entri lain. Hadiah mungkin akan bertambah mengikut bilangan penyertaan.


SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.
4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.

Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)


Join tau korang, hehe
kita jumpa lagi di entri seterusnya.


Tuesday, February 20, 2024

Wednesday, September 20, 2023

Bayaran nak masuk rumah baru

September 20, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Ni aku belanja gambar koridor luar dulu :p

Hai semua, untuk makluman, tak lama lagi aku akan dapat kunci rumah. Actually dah lama dah aku sign perjanjian, dalam April 2019. Masa tu memang rumah tengah dalam pembinaan, dan akhirnya tahun 2023 siap juga. Alhamdulillah.

Aku beli rumah di bawah skim perumahan penjawat awam (PPA1M) dan menggunakan Loan kerajaan, LPPSA. Type rumah aku ni kondo. Lokasi pun aku rasa strategik sebab dekat dengan KL dan Putrajaya. so, takdelah jauh nak pergi kerja. Now tengah tunggu ID dan Password dari developer untuk set appointment ambil kunci dekat apps.

Cuma bila nak masuk rumah ni, macam-macam Fee dengan deposit nak kena bayar dulu tau. Bayaran yang aku kena bayar ialah :

TNB : RM510.00 
Property Management Charges (4 bulan advance Maintenance Fee) : RM 695.20
Property  Miscellaneous Charges  : RM 228.99
SYABAS - RM70.00

So now, total yang aku dah bayar sebelum dapat kunci ialah RM 1,504.19

Next nak kena fikir kos untuk defect inspection, kipas, lampu, grill, kabinet dan macam-macam lagi. Banyaknya.. duit mengalir macam air hujan kan bila masuk rumah baru ni. Ada yang nak sponsor tak?

hehe.. ok la, nanti aku sambung lagi next entri. jumpa lagi, bye!

Tuesday, August 22, 2023

Update tentang kes transaksi mencurigakan kad kredit Maybank

August 22, 2023
Assalamualaikum..
Hai semua.. apa khabar?




Ingat tak entri aku yang lepas, kalau tak ingat, boleh baca kat sini tau - 


Tadi buka emel, Alhamdulillah pihak Maybank dah ada update tentang isu kad kredit aku tu. Korang boleh baca kat bawah ni :



Alhamdulillah, tak sampai sebulan pun kes ni dah selesai, duit tu pun dah dikreditkan semula dekat akaun kad kredit aku. Syukur sangat.Terima kasih Maybank sebab tindakan yang pantas, kata ambil masa 3 bulan untuk siasat, tapi yang ni tak sampai sebulan pun. Alhamdulillah.. 

So korang yang baca ni, kena rajin tau semak statement bank masing-masing,  kalau ada transasksi yang mencurigakan, kena cepat-cepat hantar report pada pihak Bank.

Jumpa lagi next entri..

Sunday, August 6, 2023

Enjoy life

August 06, 2023
Hi Peeps!



Selamat hari ahad gais! Ahad korang macam mana harini? Dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah atau pun sekadar buang masa? Ahaha kalau aku, biasanya sabtu ahad kalau takde apa-apa program, tak balik kampung dan suami pun kerja, aktiviti aku ialah tidur. Balas balik tak cukup tidur weekday tu. Yelah, dah kat rumah takde sape, anak pun takde. ada kucing ajeee. But aku make sure la benda-benda basic macam basuh baju, basuh pinggan semua tu aku setelkan dulu sebelum suami balik kerja. hahaha

Weekend Activity
Macam harini, pagi aku balik kampung jap sebab ibu ajak pergi jualan Gedung Siti Khadijah. Ibu belanja telekung SK tau. Thanks ibu! Korang jangan pelik tau, rumah aku dengan kampung aku jarak tak jauh pun, tak sampai sejam pun. So tu yang kalau aku bosan kat rumah, kadang-kadang aku wasap suami minta izin nak balik kampung.

TTC Journey
Ada yang komen berkenaan TTC Journey aku. Well, sekarang aku masih belum sambung apa-apa treatment dan enjoy life. Enjoy je apa yang ada di hadapan. Aku malas nak fikir sangat. Nasib baik juga family sendiri dan family belah suami tak push, kalau tak mesti stress. Masa baru-baru kahwin jelah ada yang macam suruh try itu, suruh try ni. Tapi sekarang dorang pun dah malas nak tanya apa-apa kot. Family belah aku dan suami pun dah ada ramai cucu dah. Belah aku dah ada 5 cucu dan belah suami dah berbelas cucu mama ada. So, kalau kami lambat sikit takpelah ye. Ujian orang tak sama kan. Thanks untuk yang memahami. Bukan taknak, bukan tak usaha.. 

Career
Aku busy tau. Kerja tak pernah habis. Bos aku tuu bila kerja ni tak selesai lagi, dia dah bagi kerja lain.. haha tapi takpe, itulah adat mencari rezeki. kita hadap je. Cuma kadang-kadang ada kerja last minit. Tu yang aku rasa terkilan sebab aku tak boleh buat sehabis baik. Aku kalau buat kerja, aku tak akan buat cincai-cincai tau. Aku kalau boleh nak pastikan kerja tu sempurna di mata aku. So far, aku happy je kerja kat sini sekarang, Alhamdulillah..

ok korang, jumpa lagi lain entri. 
Doakan aku rajin update blog selalu tauuu.










Thursday, August 3, 2023

Transaksi mencurigakan Kad Kredit Maybank

August 03, 2023
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Fuhhh. berhabuk blog ni, jap nak lap habuk dulu.. hehe :p

Eh..by the way, ada something yang aku nak share dan kongsi dekat sini. Pernah tak korang terbaca atau terdengar kisah orang yang kehilangan certain amount dalam statement bank dia? Tiba-tiba je ada cas extra yang entah dari mana asal usulnya. haaa itu yang terjadi dekat aku baru-baru ni.

Satu hari tu, aku tergerak hati nak semak transaksi Kad Kredit Maybank aku. Bila perhati setiap transaksi, baru aku perasan ada satu transasksi yang sangat mencurigakan dan bukan dibuat atas kebenaran dan izin daripada aku. Apa benda tu? FB Ads gais! Sebab aku dah lama tak berbisnes di dalam Facebook dan juga Instagram, jadi sangat mustahil kalau aku ada buat FB Ads buat masa sekarang ni.

So aku terus call hotline Maybank, tak lama je tunggu, panggilan dijawab oleh seorang Customer service lelaki Melayu. Aku bagitahu masalah aku, dan dia nasihatkan untuk tutup dulu kad kredit yang lama dan pihak Maybank akan hantar kad kredit yang baru untuk aku guna. Dan untuk refund, aku perlu isi satu dispute form, macam dekat bawah ni dan emelkan semula dekat Maybank dan perlu tunggu sehingga 65 hari untuk pihak Maybank buat siasatan dan selaraskan apa yang perlu.

Ni borang yang perlu diisi sekiranya ada apa-apa transaksi yang mencurigakan. 


Aku harap siasatan Maybank berjalan lancar dan duit tu dapat dikembalikan semula ke dalam kad kredit aku. Nasihat aku untuk korang, jangan pernah miss untuk semak setiap transaksi dan statement bank yang korang ada. Kalau jadi macam aku ni, cepat-cepat call Maybank untuk khidmat nasihat dan untuk tahu step seterusnya yang perlu korang buat.

Jaga-jaga tau, dunia sekarang ni penuh tipu helah, scammer pun dah makin berleluasa.

Jumpa lagi !



Friday, January 20, 2023

Friday, December 2, 2022

Nasib baik tak punch card lagi

December 02, 2022
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Harini ada kejadian yang agak lucu. haha

Kisahnya tadi aku siap-siap nak balik dah. Confident betul siap bawa bag and siap pakai kasut. Nak dekat sampai punch card aku tengok jam, rupanya aku terawal sejam. hahahahaha. Tak sedar diri datang lambat nak balik awal. Nasib baik masa kejadian tu xde siapa perasan, sebab yang lain dah balik. Memang yang lain jenis datang awal. aku je yang lambat. isk

So duduk balik dan kita menaip kat blog ni sampai waktu balik. Alhamdulillah kerja-kerja harini semua dah selesai. syukur.

Minggu depan kalau takde aral, office kami akan berpindah ke Putrajaya. Alhamdulillah dekat sikit dengan rumah. Takdelah aku datang lambat lagi nanti. Actually bukan lambat pun, masih dalam range waktu bekerja. Waktu bekerja jam 9.00 pagi dan aku biasanya sampai office jam 8.40 macamtu. Takut ada yang salah faham better aku tulis siap-siap dekat sini, walaupun aku tahu takde siapa baca blog ni. tu yang tulisan tatabahasa semua ni main hentam je hehe..

Aku nak hidupkan balik blog aku ni. Sayang kalau takde pengisian. Dahla tiap tahun kena renew domain.Walaupun trend sekarang ni mostly dekat short video macam tiktok tu, tapi blog ni masih relevan bagi aku. Aku perasan juga mostly blogger yang ramai follower di blog masing-masing tapi dekat tiktok tak ramai pun follower dengan viewer, tu sebabnya mereka punya engagement dekat blog tu lebih lagi. Orang kenal melalui blog, tiktok pula dikuasi oleh budak-budak muda yang ada banyak masa dan kreatif.

Tabik betul aku dekat orang yang dah ada keluarga besar, bekerja dan masih ada masa nak menulis blog. Aku ni membaca pun macam dah malas, apatah lagi nak menaip. sebab tu dalah tahun 2022 ni, baru ada 3 entri termasuk entry ni. hurm

eh tiba-tiba membebel kan, tadi nak cerita pasal nak punch card je. haha.. Ada lagi 40 minit sebelum balik. Aku nak buat kerja lain pulak.  ok korang, kalau ada yang baca blog ni, aku doakan korang semuanya baik-baik sahaja dan berada dalam lindungan Allah selalu. Assalamualaikum, ada rezeki jumpa lagi.. 



Post Pilihan

randomposts

Followers