Blog siqah simple dan kemas, tapi kin macam susah sikit nak scroll ke bawah sebab tak berapa nampak tab untuk scroll tu, dah sama kaler dengan background blog (:
Tak lama je lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia, iaitu bulan Ramadhan. Semoga segala persediaan dan amalan kita di diterima Allah swt. InsyaAllah
Harini aku nak share sesuatu yang best masa bulan Ramadhan nanti . Yang ni khas untuk korang yang tinggal di putrajaya dan sekitarnya.
Apa dia? Lets check it out!
Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
"Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
Cabutan bertuah dan Persembahan Artis Popular
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimindan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.
Maklumat lanjut dan informasi terkini :
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
Lepas tukar domain pada 28 Mac yang lalu, aku tengok iklan adsense dah tak ada menari-nari di blog ini. So aku pun godek dan cari apa yang tak kena. Bila refer pada google search, baru aku tau puncanya. Rupanya lepas tukar domain blog, kita wajib request semula untuk iklan adsense ni.
gambar : google
Cara-cara reapply adsense selepas tukar domain
1) Log masuk account Adsense anda
2) Klik My Ads
3) Klik Other Products
4) Copy code yang diberi dan paste dalam HTML Blog
5) Tick dalam kotak kecil
5) Send!
Selepas lengkap step di atas, kita cuma perlu tunggu je emel dari pihak google Adsense. Paling cepat katanya 3 hari, paling lambat mungkin dalam sebulan. Untuk blog Asyiqin.com ni, aku cuma perlu tunggu dalam masa 14 hari je untuk iklan adsense ni diluluskan. Alhamdulillah, dua kali apply adsense, dua kali tak pernah direject lagi tau (:
Buat sahabat-sahabat blogger yang adsens nya masih belum di approve lagi, sabar tau. InsyaAllah, ada hasilnya nanti. Jangan lupa klik iklan dalam blog ni tau!
Pernah tak rasa sayang dan rindu yang teramat pada seseorang? Semua orang pernah kan? Tipulah kalau yang kata tak pernah ade perasaan macam tu. Orang yang tak waras pun ade insan yang mereka sayang dan suka. Dah fitrah manusia ingin sayang dan disayangi.
Itu sesama manusia..
Macam mana pulak rasa sayang dan rindu pada makhluk lain? Pada haiwan-haiwan yang berhak hidup di muka bumi ni sama macam kita. Contoh yang paling dekat ialah dengan anjing atau kucing, yang hampir setiap masa kita akan jumpa dalam Malaysia ni.
Aku?
Aku ade seekor buah hati yang bernama KIKI. Kiki ni aku dan suami jaga sejak kecik lagi. Asalnya kami adopt Oyen (mak kiki) dan Ciktam (Makcik kiki). Tapi diorang ni dah pergi merantau, merayau tak balik-balik. Si kiko (Abang kiki ) pun sama jugak, merayau lama tak balik rumah. kadang-kadang dorang just balik sekejap tunjuk muka pastu merayau lagi.
Bila nak pindah rumah haritu, puas cari dan panggil-panggil tapi tak muncul. Harap-harap ade orang baik yang menjaga mereka semua. Rindu tak terkata, sangat!
kiki ni kuat merayau jugak, tapi dia selalu balik rumah, sebab tu aku dan suami sempat bawa dia untuk tinggal bersama di rumah baru.