Friday, April 24, 2026

MC 4 Bulan

April 24, 2026
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Tahu tak sebenarnya aku dah 4 bulan MC, sebab patah kaki sampai kena operate dan masukkan implant.Sakit tau masa kena tu, lagi sakit masa baru lepas operate, sampai menangis-nangis tak tahan minta ubat tahan sakit. 4 hari 3 malam juga berumah di hospital Putrajaya.

Sekejap je rasa dah 4 bulan. cepat betul masa berlalu. Minggu depan dah kena masuk kerja. Syukur alhamdulillah sebab kaki pun dah boleh jalan walaupun ada tempang-tempang sikit. lama-lama nanti okey lah ni, kena banyak fisio dekat rumah.

Erm.. masuk office nanti risau banyak benda aku lupa. Entah2 password pc pun lupa jugak. hihi

Doakan aku baik-baik je okay.

Byeee, jumpa lagi next entry


Sunday, April 12, 2026

Semuanya dah berubah..

April 12, 2026
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Aku tak tahu lah kenapa malam ni rasa rindu dengan arwah nenek dan atuk, terutamanya arwah nenek sebelah ibu.. Dulu aku selalu mimpikan arwah, sejak 2 tahun lepas dah tak pernah mimpi lagi. Aku pun tak tahu kenapa. rindunya rasa,,

Rindu betul kenangan masa dulu-dulu.. di rumah papan tu, pelukan nenek masih terasa. Saeorang nenek yang sangat sayangkan cucu dia. Masih terpahat di ingatan suasana luar dan dalam rumah tu, Bau rumah tu, semuanya masih segar dalam ingata, walaupun sekarang rumah tu  dah tiada, dah dirobohkan dan diganti dengan rumah batu. Tapi sayangnya.. gambar rumah lama tu dah tiada.. 

Teringat sambal nenek, air milo yang nenek buat, tak dapat dah rasa tu di mana-mana tempat dalam dunia ni. Setiap kali aku teringat kan, setiap tu juga menangis, menangis tersedu sedu keseorangan, Tak pernah cerita pun dengan siapa-siapa perasaan tu. Rindu yang tiada ubatnya..


Ya Allah rindunya,,, semoga nenek dan atuk tenang di sana.. 

Friday, August 15, 2025

Live from Ipoh, Perak.

August 15, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)

Hai semua, sekarang ni actually aku tengah bertugas sebagai urus setia dalam bengkel yang Jabatan buat. Lama juga la kena berkampung di Ipoh ni, dalam 4 Hari 3 malam. Harini ialah hari kedua bengkel. So far so good, cuma tak sempat lagi jalan-jalan dekat area Ipoh ni sebab kekangan kerja dan jadual yang agak padat. 

Aku tak sabar nak balik rumah sebenarnya tau. Macam dah lama tak dapat proper rest. Maksudnya just duduk rumah, makan dan tidur sahaja. hahahaha! 

Lately ni banyak kerja office yang masih tertunda. Semoga aku dapat siapkan semuanya dengan sempurna dan baik-baik sahaja, InsyaAllah. Amin.. 










Monday, July 14, 2025

Malas

July 14, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Sebenarnya kan, aku ada bawa kerja dari office, cadangnya nak buat malam ni supaya esok boleh buat kerja-kerja lain pula. 


Tapi malas lah.

Mata pun makin kecik je ni.
Bateri laptop pun nak habis dah :p

so, bye!
jumpa lagii


Friday, July 11, 2025

Letih

July 11, 2025
Assalamualaikum 
Salam Sejahtera buat semua :)




Lately ni, aku cepat betul rasa letih.

Letih badan
Letih emosi
Rasa nak tidur, tapi bila bangun, tak rasa segar pun.

Kat office bila buat kerja pun, rasa lemau
rasa lemah
rasa bercelaru

Aku tak tahu kenapa.
Aku takde masalah apa-apa pun

Masalah peribadi.. takde
Masalah dengan orang.. takde
semua okay je.

kenapa ya?
sekarang ni pun masa menaip ni aku rasa penat sangat-sangat.
Rasa macam nak book hotel dan tidur sampai esok !

ok tu je nak bebel harini.

bye semua!










Post Pilihan

randomposts

Followers