Sunday, August 30, 2015

Merdeka

Assalamualaikum
selamat malam

salam merdeka... 

Dah lama sangat tak menaip. Naik gatal dah tangan ni nak menekan nekan button keyboard. Semenjak last post, banyak sangat yang dah berubah dengan hidup aku. Takdelah banyak mana pun.. haha. tapi kesannya mendalam jugak la.

Firstly, sekarang aku dah bertukar ke ibu pejabat, means bukan lagi kerja di KL, tapi dinaikkan taraf ke Putrajaya. haha. Pertukaran ni terjadi disebabkan oleh rombakan kakitangan yang bergred tinggi, so aku pun secara tak langsung terkena tempias nye. Mula-mula macam berat hati je rasa bila pengarah umumkan yg aku akan bertukar dalam meeting tempoh hari, sebabnye aku baru nak menyesuaikan diri, yelah baru 9 bulan kot berkhidmat kat KL. Baru nak mengenal orang, staff dan macam-macam lagi. Tapi lastly aku bersyukur, sebab orang ramai yang berlumba-lumba mohon ke ibu pejabat tapi tak dapat. Kat ibu pejabat nanti aku akan deals dengan orang orang besar. dan banyak yang akan aku belajar nanti, insya Allah. doakan yang terbaik buat aku ye,

Bila kerja dah bertukar, so rumah pun bertukar jugak. Dah dapat sewa rumah pun dekat dekat area putrajaya tu jugak. kat mana? rahsia lahh.. ^^  Maybe akan merempit pergi kerja nanti., sementara nak beli kereta ni. ni pun doakan aku jugak sebab aku nak mahirkan diri drive. Aku yakin aku boleh. No hal la kan syuhada. ^^

ape lagi nak cerita? itu je lah kot.. till then, bye

No comments:

Post a Comment