Sunday, November 29, 2015

November 2015, Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan selamat malam

Dua Puluh Sembilan November..
Apa khabar hati?

Hati..
Alhamdulillah, bahagia ^^

Apa khabar duhai kamu yg sedang membaca?
Semoga dipermudahkan segala urusan..

Jam di sisi laptop dah 10.30pm.
Dengar lagu cinta kat sinar Fm sambil sambil tunggu suami tersayang balik dari kerja, Rindu nye walau sesaat tak jumpa! Lebih rindu dari masa time bercinta dan bertunang dulu. Bila dah halal semuanya lagi indah kan. * senyum.. 

Sebenarnya badan aku ni masih exhausted, Penat tak hilang lagi. Awal November haritu pergi Arau Perlis sebab jadi jawatankuasa Induk Hari Potensi, bukan sehari dua.. 5 hari!! Aduhai.. hari kedua last tu badan aku dah lemah, sampai muntah-muntah. Padahal sebelum tu aku makan okey je. Aku rasa sebab diri ni tak biasa berjauhan dengan suami kot tu yang mengada-ngada ni. Haha. Pagi esoknye tu waktu nak balik, aku naik tren ETS, Tiket pukul 6, so aku pergi Padang Besar dulu. Sorang-sorang okey! Tapi aku sempat sejam je round dekat sana, aku pergi stesen tren tu, pergi tido dekat surau sampai la pukul 5.45petang. Badan lemah sangat dan perut x sedap, tekak rasa loya nak termuntah. Bila naik tren, aku dapat pulak tempat duduk depan cafe! haha terpaksa tutup hidug sepanjang perjalanan sebab tekak loya takleh nak bau ape2. Tapi yang magiknye, bila sampai KL je jam 12 malam tu, dah jumpe suami, automatik badan rase okey. Segar bugar. Hehe. sah ni demam rindu je nk mengada. kiki. Sabar ye encik Suami melayan isteri awak yang macam-macam karenah ni.

Balik je dari Arau, pagi esoknye dah kene pergi kerja nak siapkan barang-barang yang patut untuk Bengkel dekat Bukit Gambang. Aduhaiii... Nasib ni 3 hari je dan aku bawa suami sekali temankan aku. Maceh husbnd! Dapat tiket waterpark free tapi x sempat nak pergi. Nasib baik valid sampai bulan 2 tahun depan.. weee.. nanti kita g ye hubby!

Lepastu, sepupu pulak bertunang hari ahad lepas aku habis bengkel di Gambang. Yang ni aku x dapat nak pergi sebab badan penat sangat-sangattttt. Aku pun sedaya upaya cari alasan munasabah bagi kat ibu suruh gtau makcik aku  tak dapat pergi. Bukan sengaja..tapi letihhh sgt2.

Semalam kawan sekampung pulak kawen, so kene balik kampung. Minggu depan Ayon plak kawen, kene g Melaka plak. Minggu lepas tu sepupu seorang lagi bertunang. balik kampung lagi..yeayy!!

Till then, sampai jumpa lagi di lain entri. 


No comments:

Post a Comment