Friday, July 1, 2016

Raya 2016

Assalamualaikum wbt

Hai ! Dah lama tak menaip kan? Nak kata sibuk, semua orang sibuk. Ahaha.

Aku dekat office sekarang ni. Harini hari terakhir kerja sebelum bercuti raya. Minggu depan dah Raya. Raya tahun ni kami balik Tumpat Kelantan, kampung suami belah abah kalau tak silap. 

Perasaan?

Macam-macam aku rasa.
Eksaited sebab first time pergi rumah tokma. Sedih sebab tak beraya dengan family sendiri. sob sobb.. Selama 27 tahun hidup di muka bumi ni, ini kali pertama tidak beraya di rumah sendiri bersama family sendiri. Kesian ibu. Maafkan anakmu ini..

Gerak balik kelantan 2 hari sebelum Raya, so plannya raya kedua pagi-pagi tu dah gerak balik Nilai pulak. Semoga dipermudahkan perjalanan kami seperti yang dirancang. Aminnn




No comments:

Post a Comment