Monday, September 5, 2016

Emosi

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri di blog ni. Syukur Ya Allah..

Apa khabar hati harini?
Entah..
kenapa?
tak tahu..

ye, tak tahu. sejak dua menjak ni aku perasan yang aku agak beremosi sikit. Kenapa Syu? Hmm.. Tiap masa aku nak menangis je. Masa tengah taip entri ni pun aku rasa nak menangis sekrang. but i dont know why. Bayangkan bila drive kereta balik kerja atau pergi kerja atau pergi mana-mana jelah, dengar lagu kat radio pun aku boleh menangis teresak-esak. Hmm

Nak kata masalah kerja? takde masalah pun. Hubungan dengan rakan sekerja pun baik-baik je. Nak kata ade masalah dengan Family? Lansung takde rasanya. Mungkin masalah dengan diri sendiri kot. 

Mungkin aku emosi sebab banyak fikir kot.. entahlah. hurmm. Aku memang tak suka keadaan macamni, sedih tapi kau tak tahu apa punca dia. Rasa macam kau teringin nak makan something tapi tak tahu nk makan apa. Haaa gitu. ahahaha.

Doakan aku cepat sembuh dari penyakit emosi ni ye semua. Ok, aku nk buat kerja. babai



Till next entri



No comments:

Post a Comment