Saturday, October 22, 2011

Rumahku, syurgaku,inspirasi.

Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Ye,dari semalam lagi dah ada kat rumah. Memang hati ini sngat2 meronta ronta nak balik rumah. Walaupun selalu balik rumah, tapi tetap nak balik. Memang hari hari rasa rindu pada ibu ayah adik2 n adik2 angkat yg comel2 tuh. Ada jugak yg bising2 cakap aku selalu balik rumah. Kononye aku lah anak manje, konon aku lah itu ini itu ini. Awatnya, hang jeles ka? huhu..Hey, salahke seorang anak nak balik rumah orang tua?  

Selagi mereka masih bernyawa, selagi aku masih berakal dan masih mengenali mereka, dan selagi aku mempunyai banyak masa terluang sbb aku ni student, selagi itu aku akan balik rumah jumpa ibu ayah n adik2. Bukan lah balik nak peluk2 n tatap mereka sgt, tapi bila dgr riuh rendah adik2 bergaduh di rumah, dengar suara ibu n ayah yg bising2 kejutkan untuk solat subuh di waktu pagi, kena marah dgn ibu sbb lambat jemur baju kat ampaian,  makan makanan yg ibu masak, dan bila malam ayah bawak kami berjalan2 kat dataran, rase sayu sgt. 

Suasana seperti ini dah jadi kebiasaan. Dan aku risau bila kebiasaan seperti ini tiada lagi nanti. Sbb tu aku x kisah nak balik rumah selalu. Sbb kebiasaan ini kadang2 boleh buat aku termenung, boleh buat aku tersenyum dan boleh buat aku menangis sendiri bila jauh dari mereka. Dan aku bersyukur walaupun aku tiada dgn mereka, tapi aku dekat. Masa diploma dulu kat alor gajah, n sekarang kat shah alam. Bila stress dgn study, aku boleh terus balik rumah tanpa berkira soal masa dan tiket bas yg harus dibeli seminggu awal mcm kawan2 yg lain yg duduk jauh di utara dan timur tanah air. 

Lagipun org tua tua dulu cakap, kelakuan kita hari ini akan sama mcm kelakuan anak2 kita nanti pada kita kan. Nanti bila dah kawin dan ada anak, mestilah aku nak anak2 selalu balik melawat aku kat rumah. heee..

 Walaupun ramai yg berkata kata,aku gembira begini, sebab dari rumah lah datangnya inspirasi aku untuk terus berusaha dan berjaya. :)

No comments:

Post a Comment