Friday, December 14, 2012

Kekasih memanggil pulang.

Assalamualaikum. 
selamat malam. salam sejahtera (:

Rasa seperti ada yang tak kena hari ni. Serba tak kena. kenapa? sebab sepatutnya saat ni dah berada di rumah sendiri. Ye, memang tiap 2 minggu sekali aku akan balik ke rumah, Rumah itu syurga dunia. Tak perlu fikirkan assignment, Tak perlu risau tentang makanan, tak perlu resah tentang hati dan jiwa, semuanya sudah lengkap tersedia di depan mata. Rumah ada ibu, ada ayah ada adik adik dan ada adik adik angkat juga. Mereka yg menjaga hati, memberi semangat, berbual apa saja tanpa rasa bosan dan terasing. 

Serba salah lagi bila ayah kirimkan sms, tanya bila balik rumah. Tak lama lepas tu ibu pulak mesej, dengan soalan yang serupa. Memang hati memanggil manggil untuk pulang, tapi... lecturer nak buat jugak test hari ahad. Hari yang sepatutnya merupakan hari rehat sedunia. ishh. Bukan ke polisi Uitm x benarkan buat test hari ahad n lunch hour? Hmm..

Till next entry..

Ibu Ayah Adik, i miss you.