Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum
salam sejahtera :)


Selamat tahun baru. Non-officially nye sekarang da 24 tahun. Umur yang matang. Orangnye tak tau la matang ke tak. Dekat rumah pun still main cikgu-cikgu, main masak-masak, main emak-emak dengan anak anak jiran dan saudara kecik. Haha !

Tak lama lagi non-officially nya jugak aku akan graduate. Sekarang pun tengah study week ni. Doakan aku lulus dengan cemerlang ye (:

Mencari kerja. 
Ni perkara yang selalu bermain di benak dan hati sanubari. Susah kan sekarang nak cari kerja. Graduan yang cemerlang pun bersepah yang menggangur. Mungkin mereka nak cari kerja yang sesuai dengan kelayakan. Mungkin juga mereka nak buat bisnes sendiri, jadi usahawan berjaya. Tapi sebab nye hanye mereka je yang tahu kan. 

Tak kisah. Untuk permulaan ni aku tak kisah nak kerja apa pun. Walaupun kerja tu bertaraf SPM je. Well, sekarang semua kerja mahukan pengalaman. Mungkin rezeki kita nak dapat kerja elok masih lambat lagi kan. So, tak kisah. Dan alhamdulillah, since rumah family dekat Nilai, senang sikit. Dekat sini banyak peluang kerja, dan banyak public transport. Cuma kena usaha lebih untuk mencari. Dia xkan bergolek terus datang kat kita kan? Jangan terlalu memilih, terima apa yang datang dulu. Tapi kalau boleh pilih ape yang terbaik untuk diri kamu.

Till next entry.