Monday, May 18, 2015

diam, kaku dan pergi

Assalamualaikum.
Selamat Petang


Aku rasa nak taip sesuatu..

Aku rase nak meluahkan sesuatu..

Tapi.....

bila nak meluah rasa macam ade je yang tak kena. 
So stop. 
.........diam, kaku dan pergi


Sigh*tak habis-habis mengeluh.

Aku pun tak faham la dengan diri aku ni. Kenapa Syuhada? Stress ke? Macam tak. Eh entah lah. Nak kata tekanan ke hape aku rase macam takde ape yang nk distresskan. Tapi aku sedih sebab diri sendiri ni tah babis-habis nak fikir negatif. Fikir negatif pasal diri sendiri. Fikir negatif pada staff. Fikir negatif dengan semua orang. Tapi yang aku tengok dan aku perhati, semua orang baik je dengan aku. Aku je ke yang perasan bukan-bukan? Kenapa susah sangat nak percaya dengan orang? Kenapa selalu sangat rase diri tu annoying, Entah la. Aku ni dah kene sakit jiwa ke? Entahla.

Badan pun cepat rasa nak lemah je sekarang ni.Mungkin sebab tak makan tengahari tadi kot? Tapi bukan harini je rasa cmni. Selalu sangat. Ke sebab aku minum teh detox tu? Rasa pening-pening mual. Malas nak tnye kat orang. Kalau aku tanye kat orang mesti dia tanya aku dah mengandung ke. Padahal belum ade rezeki lagi. Hmmmm. Aku ade penyakit ke? bila tnye kat suami nanti suami marah pulak. Nak tak nak duk diam jelah tak payah fikir ape-ape. Kalau pergi kat klinik kerajaan pun bukan doktor nak cek, main teka je pastu bagi ubat panadol macam haritu. Isk

Kekadang masa ni lah rasanya aku perlu seorang pendengar. Yang perlu dengar dengah penuh perhatian tanpa perlu bersuara. Manusia? susah nak jumpa.

DIA ada. Aku rasa aku pun makin jauh dengan DIA sekarang ni..Aku harap masih sempat untuk aku kembali pada DIA. InsyaAllah.

Semoga mudah semuanya,



No comments:

Post a Comment