Wednesday, July 12, 2017

KENAPA PERLU PERTIKAIKAN ATURAN ALLAH SWT ?

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera buat semua

Dulu sebelum berkahwin, aku yakin sangat yang mengandung itu senang. Betapa jahilnya diri ini masa tu yang langsung takde ilmu berkaitan Trying to conceive  (TTC). Tapi itu normal lah bagi yang belum berumah tangga. Selagi tak merasainya, selagi itu takde yang faham ape perasaan orang yang sedang berusaha untuk hamil. 

Aku dan suami dah 2 tahun setengah mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Dalam masa dua tahun setengah ni, bermacam sindiran dan juga kata-kata negatif yang aku pernah dengar. Dulu memang aku kuat melawan balas balik, tapi sekarang aku dah malas nak ambil pusing. Aku dah lali walaupun hati ni macam disiat-siat pedihnya.

Sedih?
Sangat sakit yang tak mampu aku gambarkan kesedihannya. Dulu aku kuat menangis, depan suami pun aku bantai menangis teresak-esak sebab kadang-kadang tak boleh control perasaan kecewa tu. Lebih-lebih lagi bila saudara mara dan keluarga terdekat silih berganti hamil. Alhamdulillah murah betul rezeki zuriat mereka. Aku gembira sangat bila dapat tahu mereka hamil tapi aku tak dapat nak tunjuk. Dalam gembira tu ade juga terselit perasaan kecewa.


Setiap hari kata-kata ni yang sering bermain dalam kepala aku

'kenapa aku tak mengandung lagi? 
'kenapa mudah sangat dorang mengandung tapi aku tak?
'kenapa period aku teratur tapi masih tak mengandung lagi?
'Aku ni boleh mengandung tak agaknya?
'Suami aku cari lain tak kalau aku tak mampu beri zuriat?

Allah..berdosanya aku fikir macam ni..

Satu hari, masa sembang-sembang dengan sorang officemate ni, aku bercerita pasal ni, dan tiba-tiba dengan tegasnya dia cakap dengan aku..

' syu, kau dah kenapa? Jangan macam ni. kau kena yakin dengan kuasa Allah SWT. Kau cakap mcm ni seolah-olah kau tak percaya kekuasaan Allah. Kau nak anak kan? So kau kena bersangka baik dengan Allah, doa dan solat jangan lupa buat. Minta sungguh-sungguh pada DIA.'

Memang aku tersentap sekejap. Tapi kata-kata dia memang betul. Dan aku muhasabah balik diri sendiri. Anak itu rezeki. Rezeki itu kan aturan Allah swt. Jadi kenapa aku perlu down dan bersedih?

Aku cermin diri. Allah, maafkan hambamu yang tak bersyukur ni. Aku tak sedar lagi yang aku masih belum ada anak tapi aku ada suami dan keluarga yang baik, kawan-kawan yang positif dan rezeki yang sentiasa datang tanpa disangka-sangka. Itu semua rezeki Syuhada...

Terima kasih sebab sedarkan aku..

InsyaAllah aku akan terus berusaha dan berdoa untuk rezeki yang satu itu. Doakan aku supaya tetap kuat dan tak mengalah.

Aku kan hebat!



No comments:

Post a Comment