O9 kat fon je skrg ni. tgh tggu tren nak balik nilai. lg 45 minit baru tren sampai. dgn manusia yg ramai, sangat sesak. memang tak dpt la seat nanti.
Btw, hati sakit. rase sakit macam kau pergi cucuk2 kan jari kat kaca yg da pecah2 tu. tekan tekan smpai berdarah la kan. tapi rase sakit kat hati ni lg mendalam kot.tak perlu rasanya nak marah marah kan
N tak tau nk justify kan post ni. tak reti o9 guna fon ni. leceh.
Lg prefer o9 dgn lptop compaq yg gedabak tu. k, jumpe lg next post.
Sekarang sy kat shah alam, sesi persekolahan yg baru pun sudah bermula mingu ni. Tapi mcm malas je nak p klas awal2 minggu. students tak ramai, lecture tak datang, touch n go makin kurang nilainye, lagipun bazir air ne basuh baju untuk klas seminggu..Alasan alasan alasan!! ^_^
Semester ni sy duk rumah sewa, kat pusat komersial. Duduk dengan eja,dijah,kak naz n yun. So far dorang ok. sekarang rumah y kosong ni dah pun ade peti sejuk, mesin basuh, dapur dan sebagainye. dah fully furnish dah :). Sebab owner hanya sediakan meja makan, kusyen, kabinet dapur, kerusi,katil,tilam n cadar je.. heee.. best betul owner rumah nie. sewa murah, tambah lagi perabot. Yg untungnye kitorang lerr ^_^
Bawah rumah ni kedai mamak, open 24 jam, bilik saya pulak bilik master, kat tepi tingkap depan, so malam2 nak tido wajib letak earfon kat telinga n pasang lagu kuat sikit. Malam tadi memang terkejut, sebab tengah2 tido, orang kat kedai mamak bawah ni jerit2 'golll!!'. Hahaha.sakit jantung aku.
Berbalik pada tajuk entri di atas. yes, sy dalam dilema. Tadi duk sajelah nak bukak website uitm kan. tgk status rayuan kolej. takde la terfikir uitm nak update status tu, sbb selalu p tgk2 die tulis sedang diproses jek. tapi bile tengok tadi..jeng jeng jeng!!
Dengan berjayanya rayuan kolej nie, maka bermula lah dilema diri ini. mahu duduk luar atau duduk di kolej? Arghhh!! buntu buntu. dah la duet deposit umah sewa dah bayar. isk3.. Bayar deposit ni sebab orang2 cakap sgt susah nak dapat rayuan kolej. so, bajet2 x dapat lah kan, sbb bukan lah rajin sgt p aktiviti2 kolej. Erm..xpe2 ade masa lagi untuk berfikir..