Sunday, November 21, 2010

uniknye si juling ^_^



Korang mesti selalu jumpa orang2 di sekeliling yang bermata juling kan? Dorg ni biasanya mmg nampak x cantik dan nampak macam pelik je...( ade aku kesah?.. huhu ) Kalau kat sekolah ke dah mestilah budak2 yang juling ni kene ejek dengan budak2 lain. (tp i x penah kena lg la..) Tapi tau tak korang juling ni adalah bersebab, dan jika dikesan dari awal yakni pada zaman kanak2, juling ni dapat dirawat.. Kat sini disenaraikan Frequently Asked Question tentang juling ni....


Amende sebenarnya juling ni?

Juling (Squint) adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Maksudnya, satu mata macam memandang ke arah lain dan sebaliknya..Orang yang juling ni ada yang matanya kelihatan masuk ke arah dalam (ke arah hidung) dan ada yang ke arah luar (ke arah telinga). Ada jugak kategori juling mata ke arah atas dan ke arah bawah, tetapi kes seperti ni mmgrare....


Ape yang sebabkan juling nih?

Biasanya disebabkah oleh otot- otot mata yang tidak berkeseimbangan dan lemah. Juling konvergen menyebabkan mata terarah ke dalam, manakala juling divergen pulak terarah ke luar. Sebagai contoh, otot yang mengawal pergerakan mata kanan ke arah dalam telah lemah. Ini akan menyebabkan mata kanan akan lebih terdorong untuk bergerak ke arah luar (ke arah telinga) berbanding mata kiri yang mempunyai keseimbangan otot2 yg baik...


Mengapakah juling boleh menjadi masalah?

Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Disebabkan itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Inilah yang akan menyebabkan ambliopia atau mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang awal kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda umurnya.

Apakah rawatan untuk mata juling?

Juling ni tak bolen hilang dengan sendiri. Rawatan segera diperlukan. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan bergantung kepada jenis juling...

  • Cermin mata atau kanta sentuh biasanya diperskripsikan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik.
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan ke dalam otot mata adakalanya diberikan.
  • Pembedahan kadang2 diperlukan untuk menyelarikan mata.
  • Latihan senaman mata dan terapi juga boleh dilakukan untuk jenis juling tertentu.

1 comment:

  1. Ala.. orang juling pun kiut juga.. hehe.. yang penting hati.. benda tu sebenarnya satu ujian yang mungkin satu kelebihan dari tuhan ^_^

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers