Monday, March 7, 2011

Untuk mereka yang menyayangi :)

Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua pembaca





credit to google

Setiap org pasti ada perasaan menyanyangi dan ingin disayangi. Sayang yg hendak sy bicarakan disini ialah perasaan sayang sesama manusia. Setiap org di dunia pasti ada rasa syg pada seseorang, tak kira lah ibu bapa, adik beradik, kawan, teman hidup mahupun kekasih hati. ^_^

Perasaan sayang,cinta, suka akan datang tanpa kita sedari. Kita akan sukakan seseorang andai mereka baik dengan kita, kita mungkin sayangkan seseorang disebabkan kita senang dengannya. Dan tak mustahil untuk jatuh cinta disebabkan kita mempunyai rasa sayang padanya. Berhati-hati lah untuk menyanyangi seseorang, kerana perasaan sayang itu pasti membuahkan harapan yg sgt besar dan tidak mustahil juga ada hati yang akan terluka di kemudian hari.

Bila kita sayangkan seseorang, pasti kita akan cuba lakukan yg terbaik pada mereka, tidak sesekali sengaja menyakiti hati mereka, tidak pentingkan diri sendiri dan berusaha untuk menyenangkan hati dan perasaan mereka. Menyanyangi seseorang beerti kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keraguan kepada mereka.Itu lumrah manusia. Dan pasti juga orang yang kita sayangi akan pernah menyakiti hati kita.walau mereka sedar atau tidak. Mereka juga manusia biasa dan tak lepas dari kesalahan dan kesilapan.

Belajar lah untukmenyintai kelemahan mereka. Itu buat mereka rasa dihargai. Jangan sesekali membanding-bandingkan pasangan dengan insan lain yg mungkin pernah bertakhta di hati kita suatu masa dahulu. Itu pasti akan melukakan Senyuman yang manis tidak beerti tiada luka dihati. Ya, memang Setiap manusia berbeza, tapi mereka mempunyai perasaan.

Jujur. Itu yang paling penting. Andai sudah hilang rasa sayang, berterus terang lah kepada mereka. Memang sangat pahit untuk mereka terima, tapi itu lebih baik daripada mereka mengetahui sendiri. Itu boleh menimbulkan rasa benci. Pasti kita tidak mahu menambah bilangan orang yg membenci kita. J

Bersedia lah untuk melepaskan orang yg kita sayang pada pilihan mereka, pasti mereka lebih bahagia dgn keputusan mereka. Itu juga menunjukkan yang sebenarnya mereka tidak layak untuk kita. Pasti ada seseorang disana yg lebih baik telah ditentukan untuk kita.


Sekian.
p/s: Sekadar berkongsi rasa. Tiada kaitan dgn penulis ye ^_^

1 comment: