Friday, July 24, 2015

Selamat Hari Raya

Bismillah..
Assalamualaikum wbt

Selamat hari raya !
Harini raya yang ke-8 dah kita. Tahun ni punya raya berbeza dari tahun lepas, sebab tahun ni raya dah ada suami. Dah ade keluarga baru. Alhamdulillah

Tahun ni beraya di Nilai, N.Sembilan. Kampung halaman tercinta. Pagi raya pergi surau untuk sembahyang raya, pergi ziarah kubur, pergi rumah saudara mara di Nilai dan Banting. Lepas habis beraya di Banting terus gerak pulalang ke Jengka, tapi kami balik rumah di KL dulu, rehat-rehat jap buat kopi terus gerak ke Jengka. Alhamdulillah.. jalan tak jammed,

Raya di Jengka?
Boleh lah, walaupun hati meronta-ronta teringat lampung halaman. Raya ke 2 tu kami duduk rumah je. Raya ke3 baru pergi berjalan, tu pun xde jalan mana sangat sebab mama dah start bukak kedai raya ke 2 lagi. so pergi la kekedai tolong ape yang patut kan.

Kehidupan sekarang dah ade 2 family, which is aku masih belum boleh terima perubahan ni hundred percent. Kadang kadang aku akan persoalkan sendiri. kenapa family 1 lagi macamni macamtu, tak sama dengan famili sendiri. Kadang-kadang aku rasa macam nak memberontak dan akan fikir bukan-bukan, then mula stress smpai menagis sorang-sorg. Tapi family mertua layan aku baik je. okay sesangat. Aku pun tak tau kenapa kadang ade timbul perasaan negatif ni. Entahlah. mungkin Cuma mainan perasaan dan emosi aku je lelebih. Entahlah. tak tahu !

tapi raya ni yang paling best nye sebab dapat jumpe 2 orang kesayangan buah hati ulam jantung aku. Alif Zikri dan Afifah Hanani. sayang betul aku kat dorg berdua. Dah aku buat macam anak sendiri pulak. Nak sangat ade anak permata hati comel macam budak berdua tu. Doakan aku ye. ^^

sampai sini dulu, till then 




No comments:

Post a Comment