Monday, July 13, 2015

Trying to Conceive (TTC)

Assalamualaikum
Salam Ramdhan..

Harini genap lah usia perkahwinan kami yang ke 5 bulan 3 minggu (:
Alhamdulillah, bahagia di samping suami.

Dalam masa 5 bulan lebih ni, ramai dah tanya bila nak mengandung? bila nak ada isi? dan sebagainya.Jawapan aku mudah, Rezeki ada, cuma tak tahu bila. InsyaAllah, tolong doakan aku, next month ke atau next next month ke, semoga ade berita baik buat aku dan husband.  Aminn. Dulu aku rasa annoying je kalau orang duk tanya-tanya ni, tapi sekarang aku malas dah nak fikir. Hati sendiri kena jaga jugak kan. Rezeki semua orang kita bukan tahu. cepat ke lambat ke.

Usaha?
Mesti lah aku ada usaha jugak untuk dapat zuriat sendiri. Biarpun orang selalu sedapkan hati aku suruh honeymoon dulu sebab baru lagi kawen tapi aku tetap la kene ade usaha kan? Firstly, aku banyak kan google tips2 dan petua2 untuk TTC ni. Aku jugak join group di facebook untuk golongan yang ingin hamil. Dekat sini join lagi group whatapps. Banyak kenalan berkongsi pendapat dan cerita yang aku kenal. Baru aku tahu, ramai lagi yang dah kahwin berbelas berpuluh tahun belum dapat rasa nikmat mengandung tu. Kalau dorang boleh sabar dan tak pernah berputus asa, aku yang tak sampai setengah tahun kahwin ni nak cakap apa lagi? ye, yang penting aku usaha.Aku jugak mula jaga pemakanan aku, aku dah tak ambil caffein lagi, sebab dulu aku gila dgn nescaffe. Aku tak makan maggi lagi, di mana maggie tu adelah makann kegemaran aku sejak dulu. Aku jugak guna OPK untuk cari waktu waktu subur aku. namun masih belum rezeki lagi, aku redha. Aku tau suami aku sentiasa ada dengan aku untuk kuatkan aku.^^

Malam tadi ade try buat susu kambing dengan kurma, which is orang kata antara petua mustajab jugak. Tapi pakai susu kambing segera aje, blend dgn kurma.Eh sedap jugak. rasa macam air susu coklat. tapi syarat dia kene minum dengan husband. Takpelah. nanti nak try cari susu kambing segar then blend dgn kurma ajak suami minum sekali. Tengoklah lepas raya nanti ke kan. Doakan aku ye

Till then, jumpa lagi next entry ^^

No comments:

Post a Comment