Wednesday, August 10, 2011

Tragedi di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.
salam sejahtera buat semua.

Hai buat yg mengenali. Dah lama rasanya diri ini tak menjengah ke blog blogger yg lain. Belum ada kelapangan lagi nampaknya ^_^. Sedang kita bergembira di bulan ramadhan yg mulia ini, berbuka aneka juadah yg lazat dan sampai tak terhabis tu kan, jgn lupekan mereka yg lain ye.

Di bulan yg mulia ini, ada saudara-saudara kita yg kesusahan dan kesedihan. kehilangan keluarga tercinta, kehilangan harta benda dan sebagainya. Baru baru ini, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di tanah tinggi Genting Highlands.Tragedi ini mengorbankan tujuh orang ahli dan 3 antaranya beragama islam. Ketiganya merupakan ahli keluarga iaitu bapa, ibu dan anak lelaki. Allahyarham Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51, dan anak mereka, Mohd Iqbal, 15, antara tujuh mangsa maut yang tertimbus dalam tragedi itu.



all pic from google.


Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang,selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman.Insyaallah.




No comments:

Post a Comment