Sunday, August 13, 2017

KENAPA BERBLOGGING?

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera buat semua pembaca.

Apa khabar hati harini?
Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik saja.

Harini hari ahad, jadi rutin biasa sebagai suri rumah tangga hujung minggu ni, Kemas dapur, basuh baju, jemur baju dan lain-lain lagi. Tak masak ke?Haha! harini suami kerja pagi. So  jawabnya, kalau dah tinggal sorang kat rumah ni memang jarang lah nak pegang kuali kannn. Prefer makan biskut or roti dan seangkatan dengannya. Suami balik kerja nanti baru kita masak, itupun kadang-kadang tak sangat sebab kami dah jarang makan malam dah. Tapi mungkin kalau dah ade baby nanti situasi ni akan berubah 360 darjah. hehe :p

okay, berbalik pada tajuk di atas.
Kenapa berblogging? kenapa buat blog? kenapa ade blog? 

Sebenarnya aku dah pun start berblogging masa umur 19 tahun, which is tahun 2008. Masa tu tak famous lagi blogging ni. Tapi blog aku terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu yang aku sebdiri tak ingat kenapa. 

Aku suka menulis. Itu sebabnya aku berblogging. Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah aku rajin buat cerpen dan sajak, puisi semua tu. Buat dan hanya bagi orang-orang tertentu je yang baca. Masa sekolah pun kebanyakan karangan yang aku buat semua mendapat pujian dari cikgu dan bangga sungguh kalau cikgu suruh orang baca karangan aku dalam kelas. Manisnya saat tu. Teringat-ingat sampai sekarang!

Eh Tahu tak? 
cita-cita aku dulu ialah untuk menjadi seorang penulis. Rindunya zaman tu. Zaman yang bebas dari segala komitmen. Yang aku tahu cuma ambil pen dan kertas dan menulis apa sahaja yang terlintas di hati aku. Sampai kadang-kadang masa tengah buat kerja pun aku boleh berhenti dan menulis bila idea tu muncul. Tapi sayang, karya-karya aku yang dulu tu dah dibakar. Aku sendiri yang bakar. Entah kenapa, aku pun tak faham masa tu. Yelah, budak budak lagi zaman tu.

Tapi sekarang ni, otak aku dah berkarat, dah tak kreatif dah macam dulu.Sedih tau! Aku pun dah jarang membaca, dah jarang sangat gali ilmu. Kekangan kerja dan penat sebenarnya bukan lah satu alasan kan? aku je yang malas.

Lagi satu, aku berblogging ni juga sebenarnya untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati yang aku tak boleh luahkan di alam nyata. Lagipun sebenarnya tak ramai yang tahu kewujudan blog ni, aku tak pernah cerita kat sape-sape pun. Suami aku pun jumpa blog ni sendiri tanpa aku beritahu dia. haha! 

Sebenarnya aku ni suka nak meluahkan tapi aku tak nak ade kenalan yang tahu. Biarlah blog ni sekadar di alam maya je, kalau ade kenalan yang dah terbaca, silakanlah teruskan, kalau ade yang tak tau biarkanlah. lagi prefer macam tu. Teruk tak perangai? ahahaha

Okey, jumpa lagi!






4 comments: