Hi, belum sempat nak update header baru. Blog berkaitan kehidupan seorang Asyiqin.



Thursday, August 24, 2017

Allah own your happines, so don't look for it far from him

Assalamualaikum
salam sejahtera buat semua pembaca (:

Alhamdulillah, kerja yang plan untuk disiapkan harini dah pun selesai, so boleh rest sekejap sambil tunggu masa untuk pulang ke rumah.  Emosi harini bercampur aduk. Bukan pasal kerja, kerja okey je. Tapi tentang hal-hal lain yang rasanya biar aku sorang je yang tahu. 

Harini gaji. Bila dah gaji ni kena cepat-cepat selesaikan hutang piutang dulu siang tadi. Risau bila tak bayar hutang oii..huhu. Semoga aku cepat bebas dari hutang dan semoga tak menambahkan hutang-hutang yang sedia ada. Wahai Asyiqin, semoga tabah membayar hutang. hahaha!

Kadang cemburu kan tengok orang-orang yang berjaya, yang banyak duit, selalu melancong ke sana-sini. Cemburu bertempat ke tak bertempat ni? ahaha! Semoga satu hari aku pun akan jadi seperti mereka. 

Tapi.. untuk jadi senang perlukan pengorbanan dan perubahan..kan?

Kalau ikut diri sendiri ni, banyak yang perlu diubah. Kerdil sangat diri ni kalau dibandingkan dengan mereka-mereka tu. Perubahan ni perlukan kekuatan dan kesabaran.

Nak ajar jadi sabar itu yang payah. tapi kalau ade kesungguhan, pasti boleh. InsyaAllah.

Kita berubah bukan untuk diri sendiri, juga untuk orang lain. Yang penting berubah kerana Allah. Insya Allah.. mesti bahagia hidup ni nanti (:

Sabarlah..



2 comments:

  1. InshaALLAH, moga perubhan diberkatiNYA.
    Ehem, jom support GA Nona, first time buat, harap ada sambutan.
    Thanks
    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/giveaway-saya-nak-prime-buster-cream.html

    ReplyDelete


Post Pilihan

randomposts

Followers